Bekalan vaksin Tanah Besar, rangsang HK kendalikan wabak

22/02/2021 05:07 PM

HONG KONG, 22 Feb — Sebaik memperoleh bekalan pertama vaksin COVID-19 dari Tanah Besar, Hong Kong dilihat lebih yakin dalam mengendalikan penularan wabak, di samping merancakkan kembali kegiatan ekonomi.

Ketua Setiausaha Pentadbiran Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Matthew Cheung Kin-chung menyatakan, kerajaan pusat China sentiasa prihatin terhadap situasi wabak di wilayah itu dan mengambil berat tentang kesejahteraan masyarakat tempatan.

Beliau menyifatkan bekalan tersebut sebagai perangsang kepada penduduk tempatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa, serta memulihkan pergerakan rentas wilayah antara Hong Kong dengan Tanah Besar.



Terdahulu, sebanyak sejuta dos vaksin COVID-19 jenis SinoVac Biotech selamat tiba di Hong Kong, dilihat amat signifikan untuk membantu wilayah itu memerangi wabak.

Menurut Matthew Cheung, program vaksinasi akan dilaksanakan di wilayah itu dengan pemberian vaksin secara percuma kepada penduduk.

Petugas perubatan, warga emas dan petugas dari sektor perkhidmatan awam merupakan antara lima golongan awal yang akan menerima suntikan.

Difahamkan, pendaftaran suntikan vaksin dijadual dibuka kepada orang ramai pada esok sementara lima buah pusat inokulasi kendalian komuniti dan 18 poliklinik di bawah Autoriti Hospital (HA) akan melaksanakan kerja-kerja suntikan vaksin kepada penerima bermula Jumaat ini.



Selain itu, terdapat lebih 1,500 klinik swasta akan menawarkan khidmat suntikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada penduduk bermula pertengahan Mac depan.

Hong Kong mula suntik vaksin COVID-19 minggu depan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker