“BAGI BUKTI SAYA PERNAH CAKAP TAK OPERATE” – VICHA TERKILAN DIFITNAH MENIPU ISU KURUS

Menerusi beberapa posting terbaharu di akaun Instagramnya, pelawak dan pelakon Vicha telah meluahkan rasa terkilan apabila dirinya menjadi mangsa fitnah netizen berkenaan dengan produk menguruskan berat badan.

Dalam entri yang dimuatnaik, kata Vicha, dia tidak pernah menafikan dirinya menjalani pembedahan pintasan usus (bariatric) seperti dakwaan netizen.

“Saya hanya kongsi #vichaweightlossjourney saya, terpulang korang nak guna produk apa pun, yang penting saya tak ada nak TIPU korang semua. Perjalanan saya semua ada dekat IG dari mula pembedahan sampai naik balik sampai turun balik jadi be smart guys.



“Yang jahat ni adalah bila kau buat pembedahan senyap-senyap lepas itu kau keluarkan produk dan claim yang kau kurus sebab produk tu. Itu serius jahat gila doh, kau tipu masyarakat untuk beli produk kau tapi nyatanya kau buat pembedahan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Jadi yang tengah ada masa boleh tengok perjalanan-perjalanan saya dari awal sampai sekarang okay. Yang penting @dr.mustafamt adalah doktor terbaik yang selamatkan hidup saya dari kencing manis kalau tak buat #gastricbypass pasti sekarang saya dah guna insulin.



“Terima kasih anda semua yang faham dan terika kasih juga untuk yang berfikiran negatif. Biarlah saya dengan Allah sahaja yang tahu macam mana perjalanan saya #vichagoesto99kg #vichaweightlossjourney,” coretnya.

Tambah Vicha lagi, selepas ini dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap tuduhan melampau yang menjejaskan reputasi dirinya.

Image_3.jpg

“Pandai kau dah block aku lepas tu kau komen dekat IG @dr.mustafamt, sebelum ni aku diamkan dulu tapi sekarang kau memang dah melampau fitnah aku macam-macam Tolong bagi bukti yang I pernah bersumpah dekat siapa-siapa yang I pernah cakap tak buat pembedahan.



“Di sebabkan hari itu aku tak ambil tindakan sebab kesian sekarang kau buat hal lagi, jadi sekarang saya akan ambil tindakan dan tak ada kata maaf untuk sekarang ni.

“Kau tengok saja apa yang kau buat kau akan bayar semua fitnah-fitnah kau,” tulis Vicha yang sebelum ini berkongsi perjalanan penurunan berat badannya di akaun Instagram dengan hashtag #vichaweightlossjourney.

Image_4.jpg

Image_5.jpg



DIANGGAP MATI GARA-GARA LAMA ‘MENYEPI’ – AWEERA TERKILAN, DOA DIBERI HIDAYAH


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading