Kerajaan benarkan rentas daerah, negeri mulai Isnin ini – Ismail Sabri


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kementerian Pertahanan (MinDef), hari ini. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Dec 5 — Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a press conference regarding updates on the Recovery Movement Control Order (RMCO) and the Conditional Movement Control Order (CMCO) at the Ministry of Defence (MinDef) today. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

05/12/2020 07:12 PM

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.



Kerajaan juga katanya bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing, mulai Isnin ini.

“Polis juga tidak lagi akan melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) mulai 7 Dis, tetapi memfokuskan kepada pematuhan SOP (prosedur operasi standard),” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di sini hari ini.

Katanya justeru kerajaan amat berharap agar rakyat menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan.

Sementara itu ketika memperincikan tangkapan ingkar SOP, Ismail Sabri berkata polis menahan 491 individu semalam.



Daripada jumlah itu katanya 437 individu dikenakan kompaun manakala 54 direman.

Mengenai Op Benteng, Ismail Sabri berkata seramai 116 pendatang asing telah berjaya ditahan serta satu bot dan satu kenderaan darat dirampas dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.

“Bagi kuarantin wajib pula, mulai 24 Julai sehingga 4 Disember lalu seramai 81,513 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa,” katanya.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 11,324 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 78 Hotel dan 17 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara.



Menurutnya 509 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan 69,680 individu dibenarkan pulang ke rumah, katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button