Buruh bebas tuduhan edar dadah

Buruh bebas tuduhan edar dadah

Buruh bebas tuduhan edar dadah
Tertuduh kes dadah, Wan Mohd Azrul Che Hussain, bersama peguam, Datuk Geethan Ram Vincent dan Revin Kumar selepas dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Tinggi, hari ini. NSTP/ Hidayatidayu Razali.

KOTA BHARU: Seorang buruh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 1,388.28 gram (g), pada Mei 2021.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas mendapati barang kes bukan dalam milikan tertuduh, Wan Mohd Azrul Che Hussain, 34.

Dalam penghakimannya, Mohamad Abazafree, berkata pihak pendakwa raya gagal membuktikan tertuduh mempunyai akses ke atas kediaman iaitu di apartmen di Jalan Sri Cemerlang, di mana barang kes dijumpai.

“Ketika tangkapan, tertuduh berada di rumah keluarganya di Bachok, manakala barang kes dijumpai di lokasi lain iaitu di apartmen.

“Pada masa yang sama, beg yang mengandungi barang kes juga bukan berada dalam kawalan serta jagaan tertuduh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah


“Oleh demikian, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes, maka Wan Mohd Azrul dibebaskan dan dilepaskan tanpa perlu membela diri,” katanya.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati hendaklah dipenjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent dan Revin Kumar.

Buruh bebas tuduhan edar dadah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker