Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

Semalam penulis dedahkan penipuan terbaru dari Chegu Bard mengenai perjanjian sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia.

Hasil dari artikel semalam, akaun Facebook penulis disekat untuk tempoh 24 jam.

Mungkin adalah di kalangan team Chegu Bard yang membuat lapuran secara berjemaah di Facebook.



Dalam artikel yang penulis maksudkan,Chegu Bard telah menuduh perdana menteri, Anwar Ibrahim menandatangani perjanjian sempadan tanpa merujuk kepada pihak yang sepatutnya.

Malah, beliau menuduh Anwar ‘membakul sampahkan’, nasihat yang diberikan oleh pakar-pakar maritim Malaysia.

Tidak perlu diulas perkara ini kerana Anwar sudah pun memberikan penjelasan dalam parlimen di hadapan ‘big boss’ Chegu Bard, Muhyiddin Yasin.

Semasa penjelasan diberikan, Muhyiddin sedikit pun tidak berkutik, sedangkan sebelum itu Muhyiddin berdegar-degar bercakap tentang perjanjian itu.



Kesimpulan yang boleh diambil ialah setiap apa yang dikatakan Muhyiddin sebelum itu hanyalah kenyataan tidak berasas.

Tetapi agak pelik, apabila isu ini cuba diperbesar-besarkan oleh Chegu Bard.

Beliau masih lagi cuba menegakkan benang yang basah dengan membuat tuduhan tidak berasas.

Apakah Chegu Bard tidak meneliti kenyataan rasmi yang dibuat oleh Kementerian Luar Negeri?



Motif Chegu Bard Hanya Untuk Menghasut Rakyat

Apa yang menarik perhatian penulis adalah motif sebenar Chegu Bard memainkan isu ini.

Adakah Chegu Bard merasakan mesej beliau akan didengari oleh presiden Indonesia, Jokowi?

Kalau beliau merasakan begitu, mungkin Chegu Bard ada masalah untuk membezakan antara realiti dan fantasi.

Sedangkan Muhyiddin pun Jokowi tidak kenal pada peringkat awal menjadi perdana menteri, inikan pula Chegu Bard…😂😂😂



Masih ingat dakwaan Muhyiddin bahawa Jokowi menelefon beliau untuk mengucapkan tahniah selepas angkat sumpah?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Realitinya, Muhyiddin yang talipon Jokowi dan memberitahu bahawa beliau baru selesai angkat sumpah, jadi, ucaplah tahniah…😂😂😂



Kalau Jokowi yang talipon, tak perlulah Muhyiddin perkenalkan diri beliau siapa…😝😝😝

Berbalik kepada Chegu Bard, bagi penulis, motif beliau hanyalah untuk menghasut rakyat dengan mewujudkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Nasihat penulis, kedaulatan negara jangan digunakan sebagai modal hasutan yang bermotifkan politik.

Sama ada kerajaan atau pun pembangkang, kedaulatan negara adalah sesuatu yang wajib dipertahankan, biar pun nyawa menjadi korban.



 

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button