Kerana Shahidan, Hubungan Muhyiddin Dan Hamzah Bermasalah

Kerana Shahidan, Hubungan Muhyiddin Dan Hamzah Bermasalah

Kerana Shahidan, Hubungan Muhyiddin Dan Hamzah Bermasalah

Sebelum ini tersebar berita mengenai pertembungan antara Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin dengan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin dalam beberapa isu dalaman PPBM.

Namun ianya dikatakan sudah jernih semula ketika menjelang PRU 15 yang lepas.

Kini hubungan mereka dikatakan kembali retak dan kali ini dikhabarkan lebih parah dari sebelumnya.



Menurut sumber dalam PPBM sendiri, ianya berpunca dari ura-ura untuk melantik Shahidan Kasim sebagai Ketua Pembangkang untuk menggantikan Hamzah.

Ianya tidak disenagi oleh kem Hamzah dan berpendapat tidak ada alasan yang kukuh mengapa Hamzah perlu digugurkan sebagai Ketua Pembangkang.

Namun kem Shahidan yang juga pro kepada Muhyiddin, perkembangan terkini Hamzah mewajarkan tindakan sedemikian dilakukan.

Tambahan pula menurut mereka, Shahidan dilihat lebih vokal dalam melakukan serangan terhadap kerajaan berbanding Hamzah.



Antara sebab lain dikatakan antara Muhyiddin dan Hamzah sering berselisih pendapat mengenai halatuju PPBM dalam Perikatan Nasional (PN).

Ia termasuk naratif yang patut diterima pakai apabila menentang kerajaan, dan kerusi mana yang akan ditandingi pada PRN akan datang.

Ada pemimpin kanan di dalam PPBM merasa tidak selesa dengan naratif kebangkitan Gelombang Hijau.

Mereka berpendapat PPBM sedang ditelan secara perlahan-lahan oleh parti PAS sekiranya mereka terus membawakan naratif kebangkitan gelombang hijau.



Sementara satu lagi sumber dari PPBM mendakwa perselisihan antara Muhyiddin dan Hamzah berpunca daripada peranan Azmin dalam parti.

Keputusan untuk menjadikan Azmin ‘poster boy’ untuk parti, terlibat dalam beberapa perbincangan peringkat tinggi yang tidak melibatkan Hamzah.

Semua keputusan nampaknya dibuat oleh penasihat Muhyiddin, dakwa sumber itu.

Adakah hubungan kedua-dua mereka akan dapat dijernihkan semula atau ianya akan menjadi lebih parah?



 

Kerana Shahidan, Hubungan Muhyiddin Dan Hamzah Bermasalah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading