Demi Melayu, Sanusi Tandatangan MoU Dengan Syarikat Berusia 4 Bulan

Demi Melayu, Sanusi Tandatangan MoU Dengan Syarikat Berusia 4 Bulan

Demi Melayu, Sanusi Tandatangan MoU Dengan Syarikat Berusia 4 Bulan

Sejak berkolaborasi dengan Dr Mahathir dalam gerakan Proklamasi Melayu, PAS sudah pandai menukar slogan perjuangan.

Dari DEMI ISLAM kepada DEMI MELAYU…😉😉😉

Bila ditanya wartawan, Hadi berkata:



“Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baharu ada kekuatan, kalau tidak, tidak ada kekuatan”.

“Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas,” kata Hadi.

Tetapi rupa-rupanya Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor telah mendahului Hadi dalam pertukaran slogan DEMI ISLAM kepada DEMI MELAYU.

Kisah Nadir Bumi Kedah Dan Syarikat Berusia 4 Bulan

 



Pada Januari 2023, UMNO Kedah mempersoalkan status syarikat yang menandatangani MoU bersama kerajaan negeri berkaitan penerokaan nadir bumi (REE) di Kedah.

Syarikat berkenaan didakwa baru berusia empat bulan ketika MoU tersebut ditandatangani.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia hasil semakan latar belakang syarikat terbabit, Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd.

Syarikat tersebut didapati hanya ditubuhkan pada 1 September 2022.



Pelombongan REE memerlukan kepakaran khas kerana ianya melibatkan pencemaran alam sekitar dan kesihatan awam.

Malah pelombongan yang tidak terurus dengan baik akan membawa ancaman terhadap keselamatan bekalan air di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Apakah Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd yang dilantik itu mempunyai pengalaman dan kepakaran yang diperlukan?

Lebih mengejutkan, MoU sudah ditandatangani tanpa mendapatkan lapuran penilaian alam sekitar (EIA).



Persoalannya, mengapakah kerajaan Kedah PAS dilihat begitu tergesa-gesa untuk melombong hasil bumi negeri tersebut?

Adakah hanya kerana mahu mengaut keuntungan nadir bumi, Sanusi sanggup merisikokan nyawa dan kehidupan rakyat Kedah?

Penulis terlupa, semuanya adalah DEMI MELAYU ISLEY…

 



Demi Melayu, Sanusi Tandatangan MoU Dengan Syarikat Berusia 4 Bulan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading