LHDN ‘Melawat’ Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?

LHDN Melawat Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?

LHDN Melawat Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?

Sebaik sahaja tular di media perdana dan media sosial mengenai ‘lawatan’ LHDN ke rumah Hamzah Zainuddin, PPBM dilihat menggelabah.

Tidak seperti kelazimannya, suspek akan membuat kenyataan media untuk merasionalkan berita yang tular.

Dalam kes ini, PPBM dilihat seolah-olah menjadi jurucakap kepada Hamzah untuk merasionalkan keadaan.



PPBM menuduh, tindakan LHDN itu adalah tindakan terdesak yang bermotifkan politik.

Sedangkan Hamzah tidak memberikan komen apa-apa.

Kalau ada pun sekadar berkata akan mendakwa sesiapa sahaja yang mengatakan rumah beliau ‘diserbu’ oleh LHDN.

Sebab itulah penulis gunakan perkataan ‘lawatan’, kedengaran lebih sopan dan mesra, gituuu…



Seperti biasa, bila kita buat lawatan ke rumah kenalan, pasti akan ada ‘goodies’ yang diberikan oleh tuan rumah.

Macam itulah juga dalam lawatan LHDN ke rumah Hamzah, LHDN telah ‘diberikan’ beberapa fail dan dokumen sebagai ‘goodies’.

Apakah PPBM tahu ‘goodies’ apa yang Hamzah berikan kepada LHDN?

Atau PPBM tidak tahu, selama ini Hamzah ada menyimpan banyak ‘goodies’ di luar pengetahuan PPBM.



Hamzah dikatakan ada 3 PLC serta beberapa syarikat Sdn Bhd yang lain.

Gaji besar sebagai menteri lagi.

Sudah tentu senang untuk LHDN boleh kesan bayaran cukainya tidak setimpal dengan pendapatan dan tahap perbelanjaannya.

Jangan pandang rendah dengan keupayaan LHDN.



LHDN juga ada keupayaan untuk kesan pendapatan yang tidak dibayar cukai, sama ada cara yang halal atau pun haram.

Dari sikap menggelabah puyoh Muhyiddin, macam ada sesuatu yang akan meletup dalam masa yang terdekat.

Depa katalah…

Jangan lupa, sebelum Hamzah jadi menteri KDN, Muhyiddin adalah menteri KDN.



Kenapalah tidak ditubuhkan yayasan macam Yayasan Al Bukhairy, senang mengelak dari bayar cukai.

 

LHDN Melawat Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading