Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang

Dalam Islam, fitnah adalah termasuk dalam dosa yang sangat besar dan ianya adalah satu perbuatan yang sangat keji.

Kerana fitnah, sebuah rumahtangga yang aman bahagia boleh porak peranda dan runtuh.



Kebanyakan anak-anak yang dibesarkan dalam rumahtangga yang runtuh akan mengalami masalah akhlak dan tidak kurang juga ada yang mengalami masalah akidah.

Di dalam Islam, dosa fitnah adalah lebih besar dari dosa membunuh.

Kenapa, perbuatan membunuh hanya melibatkan kehilangan satu nyawa, tetapi perbuatan fitnah boleh menyebabkan ratusan, malahan ribuan manusia hidup dalam penderitaan.

Dalam satu sesi penerangan presiden PKR yang juga merupakan perdana menteri, Anwar Ibrahim, mendedahkan bagaimana beliau telah difitnah oleh presiden PAS, Hadi Awang.



Menurut Anwar, Hadi Awang telah menulis surat kepada semua pemimpin Islam di dunia.

Di dalam surat tersebut, Hadi memfitnah Anwar sebagai ejen Yahudi dan juga ahli Freemason!!!

Menurut Anwar Ibrahim, beliau telah mendapat respon dari ulamak tersohor dunia, Allahyarham Yusuf Qardawi.

Yusuf Qardawi nyata telah menyatakan kekesalan beliau dengan perbuatan Hadi Awang tersebut.



Persoalannya, apakah Hadi Awang mempunyai bukti yang boleh mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang ahli Freemason?

Sekiranya tidak, bukankah tuduhan itu sudah bersifat fitnah dan wajarlah Hadi Awang meminta maaf kepada Anwar Ibrahim serta membuat pengakuan tersebut kepada ulamak seluruh dunia.

Sanggupkah Hadi Awang berbuat demikian?

Atau hanya kerana mahu mempertahankan ego, beliau sanggup menanggung dosa fitnah hingga ke akhirat nanti.



 

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading