Sanusi, MB Kesayangan Taukey Kedah

Sanusi, MB Kesayangan Taukey Kedah

Sanusi, MB Kesayangan Taukey Kedah

Masih ingat lagi kontroversi projek Lapangan Terbang Kulim aka KXP di Kedah?

Penulis pernah menyiarkan artikel bagaimana Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, berdolak-dalih mengenai taraf kelulusan projek tersebut.

Sanusi umumkan projek RM6 bilion tersebut sudah mendapat kelulusan kerajaan pusat dan akan dilaksanakan segera.



Tetapi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyanggah kenyataan Sanusi di parlimen dan mendedahkan tidak ada permohonan untuk kelulusan projek tersebut.

Akhirnya, dari projek membina Lapangan Kapal Terbang (KXP), ianya terus bertukar kepada bengkel penyelenggaraan dan baik pulih kapal terbang…😜😜😜

Tak tahulah, hingga hari ini sudah berapa buah kapal terbang yang dibaik pulih…😝😝😝



Penulis tidak mahu mengulas lanjut mengenai status projek KXP.

Tapi hendak mendedahkan, siapa sebenarnya di belakang projek tersebut hingga Sanusi bergolek-golek hendak projek tersebut dilaksanakan.

Benarkah ianya untuk kepentingan rakyat Kedah?

Mula-mula tender projek tersebut diserahkan kepada ECK Group of Companies (ECK).



Antara orang kuat ECK adalah Teddy Teow.

Siapa Teddy Teow?

Beliau adalah bumiputera (kalau ikut penilaian Jana Wibawalah…😉😉😉) pengasas  syarikat MBI Holding.

Sanusi, MB Kesayangan Taukey Kedah



Teddy Teow telah ditangkap polis ketika berada di Thailand, di bawah kesalahan penggubahan wang haram atau AMLA.

Kemudian atas alasan MBI gagal mematuhi syarat perjanjian, projek tersebut diserahkan pula kepada Industronis Bhd.

Siapa di belakang Industronic?

Ianya diurus dan dimiliki bersama oleh orang Cina tempatan dan juga rakyat Hong Kong.



Melayu Isley PAS lah katakan…

Apa Kesudahan Isu Kecurian Nadir Bumi Di Kedah?

 

Sanusi, MB Kesayangan Taukey Kedah

Sanusi pernah mendakwa, di perut bumi negeri Kedah tersimpan gakian nadir bumi (REE) yang bernilai hingga RM60 bilion.



Baguslah kalau macam itu.

Kalau negeri kaya, yang turut sama menikmati kekayaan bumi Kedah, sudah pastilah rakyat tempatan.

Tiba-tiba timbul pula isu penerokaan haram nadir bumi di negeri Kedah.

Yang paling mengejutkan, bukan rakyat tempatan yang mencurinya.

Tetapi warga China!!!

Lebih mengejutkan, dari 52 orang yang ditahan, cuma 40 orang sahaja yang diambil tindakan.

Mungkin lagi 12 orang itu cuma peniaga nasi lemak atau mungkin menjual air tebu dalam hutan, depa katalah…😉😉😉

Dah melombong secara haram, mestilah lapar dan dahaga, betultak Sanusi?

Yang menjadi persoalan ialah, bagaimana 52 orang rakyat China boleh terlepas dari pemantauan pihak berkuasa di negeri Kedah?

Atau mungkin, 52 rakyat China itu juga termasuk dalam kategori Bumiputera macam yang diklasifikasikan dalam Jana Wibawa…😝😝😝

Pelombongan haram nadir bumi boleh mengancam ratusan, malahan ribuan nyawa penduduk Kedah.

Kerana ianya dilakukan tanpa mengambilkira walau sedikit pun faktor alam sekitar seperti hakisan tanah lereng bukit dan pencemaran air dan udara.

Apakah menyelamatkan 12 orang pelombong haram itu lebih utama dari nyawa ribuan rakyat Kedah?

Bila berada di atas pentas politik bercakap tentang membela nasib Melayu Islam.

Tapi bila ada projek berpuluh bilion ringgit dan ada hasil bumi yang bernilai berpuluh bilion ringgit, Sanusi lupa pada Melayu Isley!!!

 

Sanusi, MB Kesayangan Taukey Kedah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button