Kerakusan Sanusi Terhadap Nadir Bumi Mengancam Nyawa Rakyat Kedah

Kerakusan Sanusi Terhadap Nadir Bumi Mengancam Nyawa Rakyat Kedah

Kerakusan Sanusi Terhadap Nadir Bumi Mengancam Nyawa Rakyat Kedah

Penghujung tahun 2020, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan negeri Kedah sudah meluluskan permit meneroka mineral di bumi Kedah yang bernilai RM60 bilion.

Mineral yang dimaksudkan Sanusi adalah nadir bumi atau ‘rare earth elements’ (REE) yang dikatakan telah dikesan di bumi negeri Kedah.



Menurut Seksyen 34A, Akta 1441 Kualiti Alam Sekitar, sebelum menjalankan apa-apa aktiviti yang telah ditetapkan, laporan penilaian terhadap kesan alam sekitar (EIA) mesti dikemukakan.

Rujuk di sini:

https://www.doe.gov.my/akta/akta-kualiti-alam-sekeliling-pindaan-2012-act-a1441/

Antara aktiviti yang memerlukan EIA adalah:



  • Kilang penapisan minyak mentah
  • Stesen penjana nuklear dan reaktor muklear
  • Kuari berskala besar dan lombong terbuka

Rujuk di sini:

https://ms.environmentgo.com/list-of-projects-that-require-eia/

Persoalannya, mengapakah Sanusi tergesa-gesa meluluskan projek pelombongan nadir bumi di Kedah tanpa mengemukakan laporan EIA?

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.



Menurut beliau tiada laporan penilaian alam sekeliling (EIA) dikeluarkan bagi aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Malah menurut Nik Nazmi, kerajaan Kedah belum mengemukakan laporan EIA itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Melalui rekod JAS, tiada EIA bagi aktiviti perlombongan REE ini dikemukakan kepada JAS oleh kerajaan negeri Kedah,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Kenapa Terburu-Buru Mahu Mengaut Hasil Bumi?

Isu pemberian lesen kepada syarikat yang baharu berusia 4 bulan juga menimbulkan satu lagi persoalan yang besar.



Adakah syarikat berkenaan mempunyai pengalaman dan kepakaran yang tinggi untuk menguruskan aktiviti perlombomgan tersebut?

Isu ini akan penulis kupas dalam siri yang akan datang.

Apakah sebagai Menteri Besar yang diberikan mandat oleh rakyat, Sanusi lebih mementingkan hasil nadir bumi dengan mengenepikan nyawa rakyat Kedah?

Penulis akui, sebagai menteri besar, Sanusi sudah pasti mahu melonjakkan ekonomi negeri yang berada di bawah pentadbiran beliau.



Namun, nyawa rakyat perlu diberikan keutamaan.

Pelombongan nadir bumi secara tidak teratur boleh mendatangkan kesan yang cukup menakutkan kepada rakyat tempatan.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1010208/perlombongan-haram-nadir-bumi-jejas-alam-sekitar



Janganlah kerana mahu mencipta nama sebagai pemimpin yang berjaya, nyawa rakyat Kedah dikorbankan.

 

Kerakusan Sanusi Terhadap Nadir Bumi Mengancam Nyawa Rakyat Kedah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading