BF baru Luna Maya 10 tahun lebih muda

Jakarta: Pelakon popular Indonesia, Luna Maya dilaporkan sedang hangat bercinta dengan Maxime Bouttier yang 10 tahun lebih muda darinya.

Hubungan mereka mula menjadi buah mulut peminat dan tular ketika Luna, 39, juga pelakon filem Janda Kembang itu menghadiri majlis ulang tahun Maxime yang ke 30 pada 22 April lalu.

Menurut laporan Sindonews, Luna atau nama sebenar Luna Maya Sugeng mengenakan baju lengan panjang ketika bergambar bersama Maxime yang juga pelakon.



Hubungan mereka dianggap serius oleh peminat apabila gambar yang dimuat naik menampakkan Luna sedang berada rapat disamping Maxime.

Namun, segelintir peminat dilaporkan tidak merestui hubungan pasangan itu kerana perbezaan jarak usia antara mereka.

Ada yang menyifatkan hubungan dua selebriti itu jauh tak ubah seperti antara ibu dan anak.

Tambahan lagi, ada yang meminta Maxime kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Prilly Latuconsina yang terlerai sejak empat tahun lalu.



Terdahulu, Luna pernah menjalinkan hubungan bersama vokalis kumpulan Noah, Ariel.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading