Serbuan LHDN Ke Rumah Hamzah Adalah Hasil Maklumat Dalaman Parti PPBM

Serbuan LHDN Ke Rumah Hamzah Adalah Hasil Maklumat Dalaman Parti PPBM

Serbuan LHDN Ke Rumah Hamzah Adalah Hasil Maklumat Dalaman Parti PPBM

Satu pasukan penguatkuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membuat serbuan ke rumah Ketua Pembangkang dari PPBM, Hamzah Zainuddin pada 14 Jun 2023.

Namun begitu, berita tersebut hanya dapat dihidu oleh pihak media hampir sehari setengah selepas serbuan dibuat.

Hanya pada petang 15 Jun 2023, tular berita mengenai serbuan LHDN ke rumah Hamzah.



Ada khabar angin yang mengatakan serbuan tersebut turut disertai oleh pasukan penguatkuasa SPRM.

Namun begitu sehingga sekarang, SPRM tidak ada membuat sebarang kenyataan mengenainya, maka kesahihan penyertaan SPRM dalam serbuan tersebut masih menjadi tandatanya.

Ketika serbuan dibuat, Hamzah dikatakan berada di rumah.

Ekoran dari serbuan tersebut, pihak LHDN telah merampas beberapa fail dan dokumen dari rumah Hamzah.



Yang pasti, fail serta dokumen yang dirampas itu bukanlah maklumat mengenai kelayakan Hamzah untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)…😜😜😜

Sudah pasti fail serta dokumen yang dirampas itu berkaitan dengan aktiviti yang disyaki cuba mengelak dari cukai.

Persoalannya, adakah ianya berkaitan pendapatan peribadi Hamzah atau ianya berkaitan pendapatan parti PPBM atau Perikatan Nasional?

Siapakah yang memberi maklumat kepada pihak LHDN bahawa Hamzah memiliki dan menyimpannya di rumah beliau?



Adakah pendapatan tersebut diperolehi melalui cara yang sah di sisi undang-undang?

‘Bell Ringer’ Di Kalangan Pemimpin PPBM Sendiri

Dari maklumat yang penulis perolehi, ‘bell ringer’ atau pemberi maklumat kepada LHDN adalah di kalangan pemimpin parti PPBM sendiri.

Mungkin maklumat ini berasas kerana hanya pemimpin yang rapat dengan Hamzah sahaja yang tahu siapa dan di mana dokumen tersebut disimpan.

Penulis dimaklumkan, motif pemberi maklumat adalah untuk menjejaskan pengaruh Hamzah di dalam PPBM.



Satu lagi maklumat yang penulis terima, apa yang berlaku sebenarnya adalah peperangan dalaman parti PPBM untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

‘Budak’ Hamzah dikatakan sudah memberikan maklumat mengenai pendapatan mencurigakan ‘bell ringer’ tersebut kepada SPRM.

Dan sebagai tindakbalas, ‘budak bell ringer’ pula memberikan maklumat kepada LHDN mengenai pendapatan mencurigakan Hamzah kepada LHDN.

Penulis masih menunggu pengesahan lanjut mengenai perkara itu.



Namun sesuatu yang pasti, PN kini sedang menghadapi keretakan yang cukup serius dalam kepimpinan mereka.

Ini antara penyebab utama mengapa PAS kini mula mengalihkan perhatian kepada Dr Mahathir.

Adakah PAS sekali lagi akan mengkhianati sekutu mereka, sama-sama kita nantikan.

 



Serbuan LHDN Ke Rumah Hamzah Adalah Hasil Maklumat Dalaman Parti PPBM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading