Antara Mimpi Dan Realiti PN Menghadapi Pilihanraya Negeri

"</p

Antara Mimpi Dan Realiti PN Menghadapi Pilihanraya Negeri

Kenyataan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pilihanraya di 6 negeri adalah mereka yakin dapat menawan sekurang-kurangnya 5 dari 6 negeri.

Negeri yang akan terlibat dalam pilihanraya negeri yang bakal menjelang adalah Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.



3 buah negeri yang berada di bawah PN sekarang ini adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pula berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang kini berkerjasama dengan Barisan Nasional di pusat.

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan menghadapi pilihanraya negeri sebagai satu pasukan selaras dengan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di pusat.

Persoalannya, adakah keyakinan Perikatan Nasional untuk menawan 5 dari 6 negeri tersebut adalah realiti yang bersandarkan kepada fakta?



Atau sekadar mimpi yang bersandarkan kepada propaganda?

Keputusan PRU 15 boleh dijadikan indikator asas sokongan rakyat kepada parti politik.

Benar isu-isu terkini juga boleh mengubah sentimen pengundi tetapi PRU 15 adalah pilihanraya terhampir dengan pilihanraya negeri.

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan mempunyai 8 parlimen:



  1. P126 (Jelebu) – BN
  2. P127 (Jempol) – BN
  3. P128 (Seremban) – PH
  4. P129 (Kuala Pilah) – BN
  5. P130 (Rasah) – PH
  6. P131 (Rembau) – BN
  7. P132 (Port Dickson) – PH
  8. P133 (Tampin) – BN

Dalam PRU 15, Pakatan Harapan memenangi 3 darin 8 parlimen di Negeri Sembilan, manakala selebihnya di menangi oleh Barisan Nasional.

Perikatan Nasional tewas di kesemua 8 kerusi parlimen dalam PRU 15.

Penulis tidak nampak di manakah kekuatan PN untuk merampas Negeri Sembilan kerana kesemua parlimen dikuasai oleh BN dan PH.

Juga tidak ada isu terkini yang boleh mempengaruhi peralihan undi dari BN/PH kepada PN.



Selangor

Selangor mempunyai 22 parlimen:

  1. P092 (Sabak Bernam) – PN
  2. P093 (Sungai Besar) – PN
  3. P094 (Hulu Selangor) – PN
  4. P095 (Tanjung Karang) – PN
  5. P096 (Kuala Selangor) – PH
  6. P097 (Selayang) – PH
  7. P098 (Gombak) – PH
  8. P099 (Ampang) – PH
  9. P100 (Pandan) – PH
  10. P101 (Hulu Langat) – PH
  11. P102 (Bangi) – PH
  12. P103 (Puchong) – PH
  13. P104 (Subang) – PH
  14. P105 (Petaling Jaya) – PH
  15. P106 (Damansara) – PH
  16. P107 (Sungai Buloh) – PH
  17. P108 (Shah Alam) – PH
  18. P109 (Kapar) – PN
  19. P110 (Klang) – PH
  20. P111 (Kota Raja) – PH
  21. P112 (Kuala Langat) – PN
  22. P113 (Sepang) – PH

Dalam PRU 15, PH memenangi 16 dari 22 kerusi parlimen, manakala PN pula hanya memenangi 6 kerusi dan kalah di 16 kerusi parlimen.

Kesemua DUN yang berada di 6 kerusi parlimen yang dimenangi PN boleh dikuasai oleh PN/BN.

Dengan strategi dan calon yang tepat, undi Melayu dan bukan Melayu yang menyokong PH dan BN di DUN tersebut akan di satukan dalam peti undi PH/BN.



Jadi, apa asasnya dakwaan PN bahawa mereka yakin untuk menawan Selangor?

Kesimpulannya, sebab itulah Muhyiddin tidak mengumumkan siapa bakal menjadi menteri besar Selangor sekiranya PN menang di PRN Selangor.

Kerana Muhyiddin tahu, sangat mustahil PN akan memenangi PRN Selangor.

Pulau Pinang

Pulau Pinang mempunyai 13 parlimen:



  1. P041 (Kepala Batas) – PN
  2. P042 (Tasek Gelugor) – PN
  3. P043 (Bagan) – PH
  4. P044 (Permatang Pauh) – PN
  5. P045 (Bukit Mertajam) – PH
  6. P046 (Batu Kawan) – PH
  7. P047 (Nibong Tebal) – PH
  8. P048 (Bukit Bendera) – PH
  9. P049 (Tanjong) – PH
  10. P050 (Jelutong) – PH
  11. P051 (Bukit Gelugor) – PH
  12. P052 (Bayan Baru) – PH
  13. P053 (Balik Pulau) – PH

Antara 13 kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam PRU 15, PH menguasai 10 kerusi parlimen, manakala PN hanya memenangi 3 kerusi parlimen.

Penulis tidak nampak asas kepada kenyataan Muhyiddin yang mengatakan PN akan memenangi 20 dari 40 kerusi DUN dalam PRN Pulau Pinang.

Tetapi jangan lupa, sekiranya di dalam mimpi, mungkin boleh, namun tetap masih sukar…😜😜😜

Kedah

Kedah mempunyai 14 parlimen:

  1. P004 (Langkawi) – PN
  2. P005 (Jerlun) – PN
  3. P006 (Kubang Pasu) – PN
  4. P007 (Padang Terap) – PN
  5. P008 (Pokok Sena) – PN
  6. P009 (Alor Setar) – PN
  7. P010 (Kuala Kedah) – PN
  8. P011 (Pendang) – PN
  9. P012 (Jerai) – PN
  10. P013 (Sik) – PN
  11. P014 (Merbok) – PN
  12. P015 (Sungai Petani) – PH
  13. P016 (Baling) – PN
  14. P018 (Kulim Bandar Baharu) – PN

Berdasarkan fakta yang ada melalui keputusan PRU 15, PN dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan penguasaan di Kedah.

PN memenangi 13 dari 14 kerusi parlimen yang dipertandingkan, manakala PH hanya memenangi 1 kerusi dan BN kalah di semua kerusi parlimen.

Tetapi sebagaimana yang penulis nyatakan, selain dari keputusan PRU 15 sebagai indikator, isu semasa juga boleh mempengaruhi aliran undi.

Isu menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor yang tidak kompeten dan bersikap separa matang serta dikaitkan dengan beberapa isu memberikan gandingan PH/BN merampas Kedah.

Ianya begitu memualkan pengundi tempatan terutamanya yang bermustautin di Kedah.

Terpulang kepada rakyat Kedah sama ada masih mahu mengekalkan PN yang sudah terbukti gagal atau mahu melakukan perubahan.

Terengganu

Terengganu mempunyai 8 kerusi parlimen:

  1. P033 (Besut) – PN
  2. P034 (Setiu) – PN
  3. P035 (Kuala Nerus) – PN
  4. P036 (Kuala Terengganu) – PN
  5. P037 (Marang) – PN
  6. P038 (Hulu Terengganu) – PN
  7. P039 (Dungun) – PN
  8. P040 (Kemaman) – PN

Sebagaimana Kedah, melalui pencapaian PN di dalam PRU 15, di atas kertas mereka dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan Terengganu.

Tetapi sekali lagi, isu dan pendedahan semasa boleh memberikan kelebihan kepada gabungan kerjasama antara PH/BN.

Jika di Kedah, telah terbongkar mengenai kebobrokan Sanusi, di Terengganu pula, menteri besar Terengganu, Dr Samsuri, kini dikaitkan dengan beberapa skandal penjualan tanah.

Isu tanah Dataran Khairunnisa dan tanah Tapak Pasar Malam Tok Adis yang dijual kepada koperasi dan NGO PAS dengan harga yang jauh di bawah pasaran, masih belum dapat dijelaskan.

Malah presiden PAS, Hadi Awang, juga kini berhadapan kemungkinan kehilangan kerusi parlimen Marang kerana merasuah pengundi di parlimen Marang.

Ini sudah pastinya memberikan kelebihan kepada gabungan kerjasama PH/BN dalam PRN Terengganu.

Antara Mimpi Dan Realiti PN Menghadapi Pilihanraya Negeri

Seperti yang Timb Presiden UMNO, DSU Mohamad Hasan katakan, tidak mustahil PH/BN akan membuat kejutan di Terengganu dan Kedah.

Untuk negeri Kelantan pula, seperti yang penulis katakan, yang perlu ditukar bukan kerajaan negeri, tetapi rakyat Kelantan itu sendiri.

Realitinya, PN akan menghadapi pilihanraya negeri dengan pelbagai masalah.

Imej pemimpin utama PPBM dan PAS sudah tercemar dengan beberapa kes salah guna kuasa dan rasuah.

Manakala Gerakan pula, seperti yang pernah diakui oleh pemimpin mereka sendiri, parti tak gerak, tak makan.

 

Antara Mimpi Dan Realiti PN Menghadapi Pilihanraya Negeri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading