Sarah Yasmine Sedia Terima Lamaran Aliff Aziz

Sarah Yasmine Sedia Terima Lamaran Aliff Aziz

Sarah Yasmine Sedia Terima Lamaran Aliff Aziz

Nama pempengaruh, Sarah Yasmine sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila mengeluarkan kenyataan dia boleh menerima sekiranya Aliff Aziz mengajaknya berkahwin.

Menurut laporan Astro Gempak, wanita itu berkata dia percaya dengan jodoh Allah dan akan menerima Aliff sekiranya dia sudah berubah.



Tambahnya, dia juga tidak kisah jika Aliff mahu berkahwin dengan orang lain kerana dia tidak mahu memaksa pilihan orang.

Saya tidak mahu paksa dia suka saya atau berkahwin dengan saya.

Saya juga tidak benci orang lama. Saya cuma tidak boleh ditipu banyak kali.

Dia juga mendedahkan Aliff pernah tinggal bersamanya dan pada malam insiden tangkap khalwat dia sepatutnya bertemu dengan pelakon itu.



Apabila bangun saya terkejut sebab keluar berita dia ditangkap khalwat sedangkan waktu itu dia sudah panggil saya kekasih.

Apabila ditanya pendapat Sarah tentang perangai Aliff, dia menegaskan pelakon itu memerlukan bantuan professional untuk mengubahnya.

Aliff ada kekurangan tapi dia orang yang baik sebagai manusia biasa.

Dia juga tidak bersikap terlalu bermulut manis dengan saya.



Wanita ini juga menjelaskan dia mengenali Aliff secara peribadi dan mengetahui banyak lagi skandal yang Bella tidak tahu.

Sarah sempat memberi amaran sekiranya ada orang yang keluarkan berita palsu, dia akan mengeluarkan bukti lain yang disimpan.

Buat masa sekarang ini wanita itu berkata dia hanya mahu kembali ke pangkuan anak-anaknya.

Kredit: Astro Gempak



Sarah Yasmine Sedia Terima Lamaran Aliff Aziz

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button