Sudah Sampai Masanya UMNO Desak PM Tubuhkan Tribunal Siasat Hakim Nazlan

Sudah Sampai Masanya UMNO Desak PM Tubuhkan Tribunal Siasat Hakim Nazlan

Sudah Sampai Masanya UMNO Desak PM Tubuhkan Tribunal Siasat Hakim Nazlan

Ada yang bertanya kepada penulis, selepas Mahkamah Persekutuan menolak semakan kehakiman DS Najib, adakah DS Najib masih berpeluang untuk mendapat keadilan atau dibebaskan.

Soalan yang ditanya kepada penulis sebenarnya mempunyai 2 isu yang berbeza.

Pertama, adakah DS Najib masih berpeluang untuk dibebaskan tanpa melalui baki tempoh hukuman beliau?



Jawapannya ya.

Dengan Pengampunan Di Raja, DS Najib boleh dibebaskan serta merta, sama seperti kes DS Anwar Ibrahim.

Tetapi ini bukanlah yang dikehendaki oleh DS Najib dan majoriti penyokong DS Najib.

Yang kita mahu dan juga yang DS Najib sendiri mahu adalah keadilan.



Melalui proses perbicaraan tanpa ada campurtangan dari luar serta dengan kebebasan institusi kehakiman yang berpandukan bukti dan fakta kes.

Adakah masih ada peluang untuk DS Najib mendapat keadilan setelah Mahkamah Persekutuan menolak semakan kehakiman kes SRC?

Untuk mendapatkan keadilan kepada DS Najib, penulis bersetuju dengan ahli MKT UMNO, Isham Jalil.

Satu tribunal mesti ditubuhkan untuk menyiasat integriti dan kredibiliti Nazlan dalam mengendalikan kes SRC.



Menurut Perkara 13(1) Kod Etika Hakim 2009, selepas lapuran siasatan SPRM diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, beliau bertanggungjawab untuk:

  • menentukan sama ada lapuran tersebut mempunyai merit untuk tindakan selanjutnya atau,
  • menolak selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi (kerana Nazlan ketika itu adalah hakim Mahkamah Tinggi)

Sekiranya Ketua Hakim Negara mendapati lapuran SPRM tersebut mempunyai merit, maka Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan boleh digunakan.

Perdana Menteri Mempunyai Kuasa Untuk Mengemukakan Representasi Kepada Agong Untuk Tubuh Tribunal

 

Sekiranya Ketua Hakim Negara tidak mengambil apa-apa tindakan susulan atau tindakan yang diragui, Perdana Menteri boleh mengemukakan representasi penubuhan tribunal kepada YDP Agong.



Kuasa untuk Perdana Menteri mengemukakan representasi kepada YDP Agong untuk menubuhkan tribunal diperuntukkan di bawah Perkara Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan.

Dan dalam fasal yang sama, Perdana Menteri tidak perlu berbincang dengan Ketua Hakim Negara untuk mengemukakan representasi kepada YDP Agong.

Untuk tujuan tersebut, UMNO mesti memberikan alasan-alasan yang kukuh mengapa Perdana Menteri mesti mengemukakan representasi kepada YDP Agong.

Inilah peranan yang mesti dimainkan oleh kepimpinan tertinggi UMNO.



Tidak cukup dengan hanya menghantar surat rayuan kepada YDP Agong.

Tidak cukup dengan hanya berjanji kepada rakyat bahawa UMNO akan melakukan segala yang mampu untuk dapatkan keadilan kepada DS Najib.

Untuk bersetuju menubuhkan tribunal, YDP Agong sudah semestinya memerlukan alasan yang kukuh.

Sudah 10 bulan DS Najib dipenjarakan dengan keadilan yang diragui.



UMNO mesti bertindak sekarang.

Ini bukan soal DS Najib seorang, tetapi ini adalah soal Kedaulatan Undang Undang yang menjadi salah satu dari prinsip Rukun Negara.

 

Sudah Sampai Masanya UMNO Desak PM Tubuhkan Tribunal Siasat Hakim Nazlan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading