UMNO Mesti Segera Berikan Penjelasan Yang Betul Mengenai Isu Ucapan Anwar Di Dewan Negara

UMNO Mesti Segera Berikan Penjelasan Yang Betul Mengenai Isu Ucapan Anwar Di Dewan Negara

UMNO Mesti Segera Berikan Penjelasan Yang Betul Mengenai Isu Ucapan Anwar Di Dewan Negara

Cybertrooper pro Perikatan Nasional (PN) dilihat sudah mula menyerang kepimpinan UMNO berkaitan ucapan Anwar Ibrahim di Dewan Negara.

Dalam menjawab soalan di Dewan Negara, Anwar menjelaskan siasatan SPRM mendapati tiada unsur jenayah dilakukan oleh Hakim Nazlan semasa mengendalikan kes SRC.

Apa maksudnya?



Memang benar, sepanjang perbicaraan tidak ada perbuatan yang dilakukan oleh Nazlan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.

Adakah ianya bermaksud Nazlan sudah berlaku adil dan kredibiliti serta integriti beliau tidak langsung boleh diragui?

Di sinilah penjelasan yang betul mesti segera diberikan oleh UMNO kepada akar umbi dan pengundi atas pagar.

Yang menjadi pertikaian dan persoalan ke atas Nazlan adalah integriti dan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim yang adil sepanjang perbicaraan.



Beberapa penemuan baharu telah membuktikan, Nazlan secara sedar telah melanggar Kod Etika Hakim 2009.

Ianya adalah dapatan SPRM sendiri melalui siasatan yang dilakukan ke atas Nazlan.

UMNO Mesti Segera Berikan Penjelasan Yang Betul Mengenai Isu Ucapan Anwar Di Dewan Negara UMNO Mesti Segera Berikan Penjelasan Yang Betul Mengenai Isu Ucapan Anwar Di Dewan Negara

Dalam para 3 surat SPRM kepada Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, ianya dinyatakan secara jelas mengenai pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 oleh Nazlan.



Tidak ada satu perkataan pun yang membayangkan adanya perlakuan jenayah oleh Nazlan sepanjang mengendalikan kes SRC.

Pelanggaran Kod Etika Hakim dan perbuatan jenayah adalah 2 perkara yang berbeza.

Penerangan yang diberikan oleh Menteri Undang Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman dalam parlimen juga menjurus kepada pelanggaran Kod Etika Hakim 2009.



Kekeliruan di peringkat akar umbi mesti diberikan pencerahan segera sebelum PN mengambil kesempatan dengan mengeruhkan lagi keadaan.

 

UMNO Mesti Segera Berikan Penjelasan Yang Betul Mengenai Isu Ucapan Anwar Di Dewan Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading