Sabah FC dijangka muktamad pemain pertengahan bulan ini

05/12/2020 05:58 PM

KOTA KINABALU, 5 Dis — Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) dijangka memuktamadkan senarai akhir pemain pasukan itu termasuk pemain import pertengahan bulan ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Datuk Verdon Bahanda.

Beliau berkata Sabah FC kini telah selesai memuktamadkan 80 peratus senarai pemain dan mereka akan dipanggil untuk latihan pusat dalam masa terdekat.

“Pada masa ini, kita sedang perhalusi senarai pemain. Pemain senior akan diminta menandatangani kontrak pada masa terdekat agar mereka merasa ada ikatan dan selamat berada dengan kita,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Kelab Penyokong Bola Sepak OKU Sabah di sini hari ini.

Dalam saingan Liga Super 2020, Sabah menamatkan cabaran di tempat ke-10 selepas mengumpul sembilan mata.

Ditanya usaha Sabah FC untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang kebangsaan kelahiran Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam Liga Premier musim 2020, Verdon berkata penyerang itu tidak akan menyertai Skuad Tambadau pada saingan liga musim depan.

“Saya sendiri berjumpa dengan Rozaimi. Rundingan telah dijalankan antara Sabah FC dan beliau. Bagaimanapun kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat. Sabah FC mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya.

Sabah terpaksa lupakan Piala Malaysia akibat PKPB – MFL

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker