Senario Politik Perak – Bola Dikaki PAS dan PPBM!!
Politik Perak semakin memanas, tugas BN/UMNO menurunkan seorang pemimpin dari PPBM yang amat kleptokrasi sudah selesai. PAS dilihat pada peringkat awalnya menyokong usul percaya tetapi telah melakukan U-turn apabila waktu pengundian, begitu juga dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Hamzah Zainuddin dari PPBM pusat.
Untuk pembentukan sebuah kerajaan yang dipersetujui melalui Perikatan Nasional melalui persefahaman yang telah dibuat, diwaktu ini keikhlasan PAS dan PPBM amat dituntut untuk memberikan sokongan terhadap UMNO dalam pembentukan kepimpinan kerajaan baru di Perak dan perlantikan seorang menteri besar.
Semuanya sekarang ditangan PAS dan PPBM, Ikhlaskah mereka seperti mana UMNO lakukan apabila PPBM dan PAS memerlukan sokongan.-my-tv.online
1. Senario Politik di Perak tidaklah sesukar apa yang dibayangkan. Presiden UMNO dengan jelas menyatakan bahawa UMNO mahukan jajaran Kerajaan yang lama iaitu Kerajaan PN dikekalkan di Perak.
2. Dalam erti kata bahasa yang mudahnya, UMNO bersedia untuk kekal dengan PAS dan PPBM untuk membentuk Kerajaan selepas YAB Peja kehilangan sokongan. Namun, jika tiada kata sepakat dicapai, tidak mustahil pilihan terakhir untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan boleh dipraktikan.
3. Justeru itu, bola kini dikaki PAS dan PPBM untuk membuat pertimbangan bagi mengelakan kemungkinan kerjasama terakhir itu terjadi. Jika benar, meletakan Islam dan penyatuan melayu itu perkara paling utama, inilah masanya untuk kedua2 parti Melayu Islam itu membuktikan keikhlasan mereka.
4. UMNO ternyata telah bersedia dan ikhlas dalam usaha memperkukuhkan semula Kerajaan PN dalam lembaran yang baru. Memang tidak dinafikan wujud suara2 yang mempertikaikan tindakan UMNO dalam mengesampingkan Peja daripada tampuk pemerintahan Negeri.
5. Harus diingat, selain Peja hilang jawatan MB, UMNO juga turut terkesan bila 6 orang Exco mereka juga turut tergugur. Sudah semestinya, ada alasan dan pertimbangan tertentu yang diperhalusi ‘why’ Peja tidak layak sebagai MB di Perak.
6. Pertimbangan ini bukan suatu perkara yang tiba – tiba, tetapi penilaian or report card Peja ni dah berbulan disuarakan dan diperkatakan oleh UMNO. Ini bukan suatu keputusan yang mudah kerana ia tidak hanya menjejaskan kedudukan di Perak namun ia turut boleh merebak hingga kerjasama di Pusat.
7. Sekarang, terpulang kepada PAS dan PPBM untuk merealisasikan hasrat tersebut. UMNO sudah menunjukkan keiklasan. Di Pusat, di Sabah, dan beberapa negeri lagi, UMNO tetap menunjukkan bahawa UMNO sentiasa beralah dan membudayakan kesepakatan di dalam PN. Apa salah jika di Perak, bagilah muka ke UMNO pulak. Ini untuk kebaikan semua dan keutuhan PN itu sendiri.
8. Jangan kerana degil sangat, takut perkara ini boleh melarat2 hingga ke Pusat pulak. Tepuk dada tanya selera. Ball is in your hand.
Salam Hormat
Anggun Tg Malim