MotoGP: Bezzecchi dapat sokongan Ducati

MotoGP: Bezzecchi dapat sokongan Ducati

MotoGP: Bezzecchi dapat sokongan Ducati
BEZZECCHI bakal diberikan sokongan penuh oleh Ducati dalam usaha memburu kejuaraan dunia musim depan. – AFP

LONDON – Valentino Rossi memastikan anak didiknya, Marco Bezzecchi mendapat 100 peratus sokongan daripada Ducati bagi membantunya berjuang meraih gela­ran dunia musim depan.

Pemilik pasukan VR46, Rossi mengakui pihaknya mendapat lampu hijau’ daripada Ducati ter­utama melengkapkan segala permintaan Bezzecchi bersama jentera Desmosedici GP.

Perbincangan tersebut sekali gus bakal menamatkan segala spekulasi mengenai perpindahan Bezzecchi yang dikaitkan bakal menyertai Yamaha mahupun Honda.



Pengurus besar Ducati, Gigi Dall’Igna mendedahkan terdapat perbincangan panjang bersama pasukan Mooney VR46 bagi persiapan 2024.

Ketika ini, Bezzecchi tampil cemerlang pada penampilan kedua di pentas perdana MotoGP bersama VR46 selepas melakar dua kemenangan Grand Prix (GP) Argentina dan Perancis sebelum naik podium di GP Belanda bulan lalu.

Kemenangan di GP Argentina tersebut membolehkan Bezzecchi memimpin carta kedudukan pelumba selepas penyandang juara, Francesco Bagnaia gagal menamatkan perlumbaan dalam kelompok kedudukan mata.

Pastinya, perbincangan antara VR46 dan Ducati sendiri sekali gus bakal menamatkan segala spekulasi mengenai perpindahan Bezzecchi yang dikaitkan bakal menyertai Yamaha mahupun Honda.



Sebelum ini, Bezzecchi berkata, dia ingin kekal mengemudi jentera Ducati selepas jentera buatan Itali kekal kompetitif musim ini berbanding pengeluar lain. – AGENSI




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading