Zainal Abidin kekal, Safiq Rahim gugur daripada Skuad Melaka United

Hebahkan !!!


Zainal Abidin Hassan

04/12/2020 10:40 PM

MELAKA, 4 Dis — Melaka United FC (MUFC) mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai pengendali pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.

Namun, nasib berbeza menimpa pemain tengah dan juga bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim apabila digugurkan daripada kelab berkenaan berikutan keputusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) untuk mengekalkan hanya 40 peratus pemain daripada musim 2020 untuk beraksi musim depan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden MUSA Datuk Mohd Yusoff Mahadi pada sidang media di Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata khidmat Zainal Abidin masih diperlukan untuk membawa pasukan Melaka United yang akan dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) musim depan untuk berada di landasan lebih baik.

Beliau, bagaimanapun. berkata pihak pengurusan turut memberi cabaran kepada pengendali berusia 59 tahun itu untuk meletakkan MUFC dalam kelompok pasukan teratas, sekali gus memperbaiki kedudukan musim ini.

Melaka United menamatkan saingan Liga Super 2020 pada kedudukan kesembilan selepas mengumpul 11 mata hasil daripada empat kemenangan, dua kali seri dan lima kekalahan.

“Beliau (Zainal Abidin) bersetuju meneruskan tugas di Melaka dengan sasaran yang diletakkan pihak pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusoff turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Saiful Mat Safri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Sdn Bhd manakala Akram Abdullah selaku pengurus pasukan seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama Presiden MUSA Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan ahli lembaga pengarah, baru-baru ini.

Menurut Mohd Yusoff, MUSA kekal selaku pemilik kelab berkenaan dengan Syarikat Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd kekal selau penaja rasmi jersi pasukan.

Sementara itu, Zainal Abidin bertekad membalas kepercayaan yang diberikan oleh MUSA kepada beliau untuk terus membimbing pasukan itu

Leave a Reply

%d bloggers like this: