EU bakal lulus rejim sekatan baharu

07/12/2020 02:44 PM

BRUSSELS, 7 Dis — Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan mesyuarat di Brussels pada Isnin, untuk meluluskan kerangka dokumen bagi memudahkan pelaksanaan sekatan untuk mana-mana negara yang didapati melanggar hak asasi manusia, lapor agensi berita Sputnik.

Sebelum ini, dokumen itu telah diluluskan di peringkat perwakilan tetap EU.



Penerimaan rejim sekatan baharu itu disyorkan setahun lalu oleh Perwakilan Tinggi EU untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Josep Borrell. EU membandingkannya dengan Akta Magnitsky Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, ketua diplomasi EU menjelaskan sistem baharu itu bukan untuk ditujukan kepada negara tertentu, tidak seperti tindakan AS, ia tertakluk di dalam EU sahaja. Langkah-langkah sekatan itu antaranya pembekuan aset dan larangan masuk.

Beliau turut mengatakan EU tidak merancang untuk mengenakan sekatan yang membahayakan rakyat, seperti sekatan AS terhadap Iran.

Mekanisma sedia ada tidak bersifat global dan menyasarkan sekatan bergantung kepada situasi di negara-negara tertentu.



EU tarik balik sekatan kemasukan 14 negara termasuk Korea Selatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button