Kebakaran besar hutan di Australia, lebih 60,000 koala terancam

07/12/2020 02:09 PM

SYDNEY, 7 Dis — Pelbagai spesies haiwan di Australia, termasuk lebih 60,000 koala kini terancam disebabkan kebakaran hutan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kumpulan alam sekitar, World Wide Fund for Nature Australia (WWF-Australia), kebakaran itu menyebabkan kemusnahan teruk terhadap habitat di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Australia, Dermot O’Gorman berkata kejadian itu “satu daripada bencana hidupan liar terburuk dalam sejarah moden.”

Beliau menambah jumlah haiwan yang terjejas dianggarkan hampir tiga bilion, termasuk mamalia, burung dan reptilia.

Musim kebakaran hutan Australia 2019-2020, juga dikenali sebagai “musim panas hitam,” adalah tempoh kebakaran hutan yang luar biasa di banyak kawasan di negara ini.

Hasil siasatan dapati tentera Australia bunuh 39 orang awam Afghanistan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker