TERSENTUH LIHAT KEADAAN MANGSA BANJIR – KEITH FOO SERTAI MISI KEMANUSIAAN

Pelakon Keith Foo yang kini bergelar bapa tunggal itu dilaporkan kini aktif menyertai misi kemanusiaan dan amal jariah di Negeri Sembilan. Dia yang menyertai misi bantuan bersama St John Ambulans Malaysia cawangan Negeri Sembilan (SJAMNS) sedang giat menghulurkan bantuan dan pertolongan bahan asas kepada mangsa banjir yang terjejas di negeri tersebut.

Tambahnya lagi, dia sebenarnya sudah lama melibatkan diri dalam aktiviti seumpama itu. Namun, sejak menyertai SJAMNS, dia lebih banyak dilihat tertumpu di Negeri Sembilan.

Selain menghulurkan bantuan seperti makanan kepada keluarga yang terjejas, Keith juga terlibat dalam program derma darah, kesedaran Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR), perkhidmatan ambulans sempena musim perayaan dan edaran peralatan perlindungan diri (PPE) ke hospital dan klinik.

Dia juga mengakui bahawa tersentuh hati apabila melihat keadaan mereka yang mengalami musibah tersebut yang kebanyakan terdiri daripada warga emas.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sudah banyak kali saya turut serta dalam misi seumpama ini. Cuma sejak menyertai SJAMNS awal tahun lalu pembabitan saya lebih kerap tertumpu di negeri berkenaan.

“Antaranya dalam program derma darah, kesedaran Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR), perkhidmatan ambulans sempena hari perayaan, pengedaran peralatan perlindungan diri (PPE) ke U3QWLM3,” katanya.

Menurut bapa tunggal kepada Skylar Raymond Foo itu lagi, ada keluarga dan individu yang terjejas teruk: “Bayangkan saat berdepan dengan pandemik, kemudian tanpa diduga air bah yang datang menguji lagi keteguhan hati mereka.

Image_3.jpg

“Harta benda, kereta dan pelbagai lagi rosak teruk dek banjir hingga sukar untuk diperbaiki. Saya dimaklumkan banjir baru-baru ini berlaku pada waktu malam, paras air naik mencecah ketinggian dua meter. Ada antara mereka yang tidak sedar air naik sampai paras katil. Ada yang terperangkap hingga perlu diselamatkan,” ujarnya.

Kata Keith, dia bersyukur jenama produk yang melantiknya sebagai duta itu banyak melakukan kerja amal selain memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Kata aktor berasal dari Gemas itu lagi, dia sempat menghadiri kursus memandu ambulans dan berpeluang memandu kenderaan tersebut beberapa kali: “Sudah beberapa kali juga saya memandu ambulan. Malah saya juga pernah menghadiri kursus untuk membawa kenderaan itu,” tuturnya teruja.

Dalam perkembangan lain Keith baru sahaja selesai menjalani penggambaran beberapa buah telefilem dan drama, antaranya Dia Bukan Bidadari dan WiFi Sebelah Rumah. Keith juga turut membintangi drama KL Gangster Underworld musim kedua yang akan bersiaran di platform WeTV bermula 10 Disember ini.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

3 BERADIK KELUAR WANG SIMPANAN BELANJA ABANG POLIS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker