3 BERADIK KELUAR WANG SIMPANAN BELANJA ABANG POLIS

Melihat pengorbanan anggota PDRM yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, 3 beradik sepakat mengeluarkan simpanan mereka untuk membelikan pizza untuk anggota Polis.



Biarpun masih kecil namun kesukaran petugas hadapan negara terutama anggota keselamatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ternyata mendapat perhatian tiga beradik di sini.

Foo Xin En, 11; Foo Jun Wei, 9 dan Foo Jun Yuan, 6, sepakat mengeluarkan duit poket mereka untuk membeli 25 kotak piza sebelum diberikan kepada anggota polis di Balai Polis Cheroh di Raub hari ini (13 April).

Ibu kepada tiga beradik itu yang hanya dikenali sebagai Madam Wong, 38, berkata, anaknya meluahkan hasrat itu selepas melihat kesukaran anggota polis yang bertugas di televisyen.


“Mereka kongsi duit dan beli 25 kotak piza untuk disumbangkan ke balai polis,” 

25 kotak piza yang diberikan kepada anggota polis di Balai Polis Cheroh semalam.

Menurutnya, pada awalnya dia juga terkejut selepas anaknya memberitahu ingin belanja anggota polis.
“Tapi selepas difikirkan, saya menyokong usaha mereka dan gembira anak-anak juga memahami.

Ini antara sikap yang perlu difikirkan oleh rakyat agar menghargai apa yang dilakukan bagi mengekang Pandemik Covid-19 daripada terus bermaharajalela. 3 beradik ini masih kecil namun ‘Hati Mereka Besar’.

Sumber – Sinar Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker