COVID-19: 153 Kes Baharu Dengan Tiga Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 12 April – Sebanyak 153 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini meningkat kepada 4,683, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 ketika ini sebanyak 76 atau 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 37 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Oleh itu, selepas kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,499 kes.

“Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: