Industri pembuatan China terus berkembang pesat

BEIJING, 7 Dis — Jabatan Statistik Negara (NBS) China mengumumkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan, bukan pembuatan dan PMI bersepadu, masing-masing mencatatkan perkembangan positif pada November berbanding bulan sebelumnya.

PMI sektor pembuatan merekodkan 52.1 peratus peningkatan sebanyak 0.7 peratus, perniagaan bukan pembuatan pula mencatatkan 56.4 peratus menokok 0.2 peratus manakala PMI bersepadu pada kadar 55.7 peratus meningkat 0.4 peratus.



Reuters dalam laporannya menyifatkan peningkatan itu sebagai “pertumbuhan industri pembuatan paling pesat dalam tiga tahun lalu”. Indeks ini memperlihatkan bahawa industri pembuatan China sudah pulih kepada tahap sebelum pandemik COVID-19.

Bloomberg News pula yang memetik hasil tinjauan terkini Bank HSBC melaporkan, China mengatasi Amerika Syarikat (AS) dan menjadi pasaran luar negara terbesar di rantau Asia Pasifik. Wabak COVID-19 sedang mempercepat pengubahsuaian struktur ekonomi global secara menyeluruh.

Menurut tinjauan Peterson Institute for International Economics, pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan membawa peningkatan eksport global sebanyak USD500 bilion menjelang 2030. Justeru, peranan China dalam pengeksportan global akan semakin ketara.



Akhbar Financial Express India melaporkan pemulihan ekonomi China turut merangsang ekonomi global ketika dunia menghadapi perubahan besar dan wabak COVID-19 yang masih menular.

Pembangunan ekonomi China akan memberikan manfaat kepada negara-negara lain, khususnya negara yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Selain itu, pasaran domestik China yang kian meluas dan dasar keterbukaan yang diamalkan China membantu mempercepatkan lagi pemulihan ekonomi dunia.



Kejayaan China dalam ekonomi digital pula menyuntik peluang baharu kepada syarikat asing yang bertapak di negara itu.

BERNAMA

COVID-19: Australia mulakan pembuatan vaksin tempatan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button