Pembangkang mendahului keputusan awal pilihan raya Romania

MOSCOW, 7 Dis — Parti pembangkang Romania, Parti Sosial Demokratik mendahului pilihan raya parlimen dengan 29.8 peratus undi selepas 95 peratus kertas undi dikira, menurut stesen penyiar negara Digi 24 pada Isnin, memetik data rasmi Pihak Berkuasa Tetap Pilihan Raya negara itu.

Menurut keputusan awal, parti konservatif yang berkuasa, Parti Liberal Nasional memperoleh 25.11 peratus dan parti gabungan sayap kanan USR-PLUS menerima 14.5 peratus undi, lapor agensi berita Sputnik.



Dua lagi parti dijangka melepasi perbezaan lima peratus untuk dipilih ke parlimen – Alliance for Romanian Unity (8.7 peratus) dan Democratic Alliance of Hungarians di Romania (enam peratus).

Jumlah peratusan keluar mengundi agak rendah kerana pandemik COVID-19 iaitu di bawah 30 peratus.

Pada Ahad, rakyat Romania mengundi bagi memilih 136 anggota parlimen dan 329 anggota majlis perundangan.

Singapura tetapkan tanggungjawab, hak istimewa pembangkang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button