3 ajaran sesat termasuk Ayah Pin dipantau kerajaan Terengganu

Oleh – Syeikh Baran


3 ajaran sesat termasuk Ayah Pin dipantau kerajaan Terengganu
Kawasan ajaran sesat Ayah Pin di Besut.

Kerajaan negeri Terengganu masih memantau tiga ajaran iaitu Ayah Pin, Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan yang telah diwartakan sesat Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pemantauan tersebut bagi memastikan ajaran-ajaran yang menyeleweng akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah tersebut tidak diamalkan umat Islam negeri ini.



“Kita menerima laporan berhubung cubaan untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin baru-baru ini.

“Aduan tersebut telah diambil tindakan sewajarnya berdasarkan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Kesemua kes tersebut masih dalam proses risikan dan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Riduan Mohamad Nor (Pas-Jertih) berhubung
ajaran-ajaran sesat termasuk Ayah Pin yang terdapat di Terengganu pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Muhammad Khalil (Pas-Batu Buruk) berkata, pemantauan ketiga-tiga ajaran sesat terbabit dilakukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).



Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil mengikut Seksyen 10 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 dan Seksyen 12 akta sama.

Kosmo! 17 Mac lalu melaporkan umat Islam di Terengganu bimbang dengan dakwaan percubaan untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau Kerajaan Langit yang sebelum ini bertapak di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button