Banjir selatan Thailand: Kematian meningkat kepada 26 orang

Hebahkan !!!


Credit: Thailand Army

07/12/2020 11:42 PM

BANGKOK, 7 Dis — Banjir besar di selatan Thailand akibat hujan monsun, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 nyawa dan melibatkan lebih 555,000 isi rumah.

Pada kemas kini jam 6 petang (waktu tempatan), Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand menyatakan, di Nakhon Si Thammarat iaitu kawasan paling teruk dilanda banjir, 21 maut, manakala Surat Thani dan Songkhla masing-masing 2 maut dan Trang (seorang) sejak 25 Nov.

“Situasi bertambah baik sedikit dan paras air telah menurun. Bagaimanapun sejumlah 282,691 keluarga di lima wilayah masih terkesan dengan banjir,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha melawat Nakhon Si Thammarat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, termasuk petani dan nelayan yang terjejas.


Credit: Thailand Army

 

Beliau berkata, pihak berkuasa berkaitan akan menyediakan bantuan yang sepatutnya dan mempercepatkan proses pemulihan selepas banjir, termasuk membaiki rumah yang rosak dan infrastruktur.

“Agensi dan jabatan berkaitan akan mempercepatkan usaha mengalirkan air banjir selain mengkaji projek mitigasi banjir bagi menyelesaikan isu banjir di masa hadapan,” katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: