DA’I SYED TENANG, CERIA BERBAJU LOKAP – PEGUAM MINTA POLIS AMBIL TINDAKAN LAPORAN PALSU

“Asslamualaikum, sihat semua? Terima kasih datang, tak da hal… Hal kecik saja. Saya sihat Alhamdulillah, makan semua okay. Terima kasih sebab datang, ambil tahu fasal saya,” tutur pendakwah selebriti, Da’i Syed yang sempat menegur pihak media ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan berseluar jingga.

Dalam video tersebut, Syed yang dilihat kelihatan tenang dan ceria itu juga sempat mengucapkan terima kasih kerana sudi datang dan sempat bertanya khabar dengan pihak media. Syed juga meminta agar orang ramai mendoakan agar urusannya di permudahkan.

Nama Da’i Syed kembali hangat diperkatakan apabila dia ditahan reman semula oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada petang Ahad, selama lima hari bermula Isnin bagi membantu siasatan bagi satu kes rogol.



Perintah reman yang akan berakhir 11 Disember ini terhadap Da’i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad.

Menurut peguam yang mewakili suspek, Syed Amirul Syed Edros, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi dakwaan rogol.

Sementara itu menurut peguam, sehingga kini polis memaklumkan menerima lapan laporan jenayah seksual terhadap anak guamnya namun dua daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Ini bermakna setakat ini polis sedang menyiasat enam kes jenayah seksual membabitkan pendakwah selebriti itu.

Sehubungan itu, Syed Amirul menggesa pihak polis untuk memandang serius mengenai perkara itu bagi mengelakkan salah tanggapan orang ramai terhadap anak guamnya yang sedang membantu siasatan.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya berharap pihak polis bukan sahaja memberikan status NFA kepada dua laporan ini. Sekiranya terdapat unsur-unsur laporan palsu dalam laporan ini, ambil tindakan kepada pengadu kerana selain nak tegakkan hak mangsa sekiranya berlaku jenayah, kita juga ingin menegakkan hak Syed Shah Iqmal.

“Kita takut ada pihak yang sengaja membuat laporan untuk menambah teruk keadaan. Ini kerana orang awam akan sentiasa menerima bahawa… ada laporan polis, maknanya memang orang tu salah,” kata ketika ditemui pemberita selepas proses permohonan reman selesai.



Sebelum ini Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat berhubung dua laporan membabitkan kes rogol dan cabul serta seks luar tabii. Kes rogol dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.

Berdasarkan laporan, dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa dipelawa keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira pukul 9 malam sebelum diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana, Selangor dan dirogol.

Kes kedua berkaitan cabul dan seks luar tabii (seks oral) pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun. Dalam kejadian kira-kira 1 pagi pada 17 Oktober lalu, wanita itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral. Untuk rekod Syed Shah Iqmal sudah ditahan reman selama 10 hari di IPD Shah Alam sejak 27 November lalu.



Pendakwah selebriti direman lima hari lagi berhubung dakwaan rogol

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button