Penyanyi K-pop Chungha disahkan positif COVID-19

07/12/2020 05:23 PM

SEOUL, 7 Dis — Penyanyi popular Korea Selatan Chungha pula disahkan positif COVID-19, ketika gelombang jangkitan kini menular ke dalam industri K-pop.

“Selepas menyedari dirinya mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19, Chungha jalani ujian saringan dan disahkan positif pada Isnin,” lapor Agensi Berita Yonhap memetik pengumuman MNH Entertainment yang disiarkan di laman peminat.



Menurut pengumuman itu, penyanyi berkenaan telah menangguhkan semua aktivitinya dan menjalani kuarantin kendiri. Ada sebahagian kakitangan, rakan dan kontak rapat penyanyi itu sudah menjalani ujian selebihnya akan diuji dalam masa terdekat.

Chungha, antara artis solo wanita paling laris dalam industri K-pop, dijadualkan melancarkan single “X” pada Khamis sebelum melancarkan album penuh pertamanya “Querencia” bulan depan.

“Saya amat kesal dan memohon maaf. Saya telah berusaha untuk berhati-hati, mungkin saya perlu lebih berhati-hati,” kata Chungha dalam satu catatan. “Saya akan kembali selepas pulih sepenuhnya.”

Sebelum ini, beberapa penyanyi K-pop, termasuk anggota UP10TION dan EVERGLOW turut disahkan dijangkiti virus itu.



— BERNAMA

NABILA ADA MASALAH PETI SUARA – DOKTOR NASIHAT REHAT PANJANG



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button