Somalia komited adakan pilihan raya yang aman: PM

GAROWE (Somalia), 8 Dis — Perdana Menteri Somalia, Mohamed Hussein Roble pada Isnin berkata kerajaan komited untuk mengadakan pilihan raya yang aman, lapor Agensi Berita Anadolu.

“Kerajaan persekutuan Somalia komited untuk mengadakan pilihan raya yang aman, lancar dan telus,” kata Roble selepas menghadiri Forum Perkongsian Somalia, di bandar raya Mogadishu.

Pilihan raya parlimen sepatutnya diadakan pada 1 Disember seperti dipersetujui kerajaan pusat dan enam negeri pada awal tahun ini.



Proses pengundian masih akan dijalankan mengikut sistem undian tidak langsung berasaskan puak sedia ada, kerana pengundian satu undi satu suara belum dapat diadakan.

Jumlah perwakilan yang akan memilih ahli parlimen persekutuan adalah seramai 101 orang dari setiap negeri dan pemilihan akan berlangsung di dua lokasi di setiap negeri.

“Perjanjian elektoral yang dicapai baru-baru ini antara FGS (Kerajaan Persekutuan Somalia) dan anggota persekutuan negeri menandakan kemuncak kesepakatan politik yang juga akan melindungi kuota 30 peratus wanita dan akan menjadi panduan untuk pelaksanaan pilihan raya akan datang,” kata Roble.

Jawatankuasa pilihan raya persekutuan yang dibentuk untuk menguruskan proses pilihan raya itu ditolak Majlis Kesatuan Calon Presiden, kerana tidak melibatkan pegawai agensi perisikan dan keselamatan negara.



Menurut pembangkang pilihan raya tidak dapat diadakan pada tarikh sepatutnya kerana kurangnya kesepakatan di antara pihak-pihak yang berkepentingan dan mendakwa kerajaan sebenarnya tidak ikhlas untuk mengadakan pilihan raya yang bebas.

Parlimen negara ini mempunyai 275 kerusi. Sementara itu, pilihan raya presiden dijadual berlangsung pada Februari 2021.

KBS komited pastikan penganjuran kejohanan sukan pada 2021



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button