UNESCO sebulat suara lulus ketetapan mengenai Kota Lama Baitulmaqdis, kawasan temboknya

08/12/2020 02:13 PM

AMMAN, 8 Dis — Jawatankuasa Luar Negara Majlis Eksekutif UNESCO sebulat suara meluluskan ketetapan mengenai kedudukan Kota Lama Baitulmaqdis dan kawasan temboknya.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Daifallah Fayez yang dipetik Agensi Berita Jordan (Petra) sebagai berkata, ketetapan penting itu diluluskan ketika mesyuarat Majlis Eksekutif sesi 210 pada Isnin.



Menurutnya, ia adalah hasil usaha diplomatik Jordan dengan penyelarasan bersama oleh Palestin, negara Arab dan Islam lain dalam pertubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Fayez menyatakan resolusi dan lampirannya mengesahkan semua elemen pendirian Jordan mengenai Kota Lama Baitulmaqdis dan temboknya, termasuk tempat suci umat Islam dan Kristian.

Katanya, ketetapan itu dan lampirannya menegaskan kembali bantahan terhadap pencabulan dan tindakan sepihak Israel di kota suci ini.

Resolusi itu juga menuntut Israel menghentikan pencabulan dan tindakan sepihak Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan Tanah Haram dan di kawasan Kota Lama Baitulmaqdis serta kawasan temboknya, tambah Fayez.



Petra melaporkan bahawa resolusi dan lampiran itu juga menolak semua bentuk tindakan Israel yang bertujuan mengubah karektor dan identiti Kota Suci itu, dan menegaskan kembali 18 resolusi UNESCO sebelum ini berkaitan Baitulmaqdis.

Resolusi UNESCO itu, kesemuanya menyatakan kekecewaan terhadap kegagalan Israel selaku penceroboh, menghentikan aktiviti penggalian, pembinaan terowong dan semua kerja tidak sah di Baitulmaqdis Timur, seperti yang dituntut undang-undang antarabangsa, kata jurucakap itu.

Laporan Ketua Pengarah UNESCO yang dikemukakan untuk sesi berkenaan menyatakan, ia merujuk kepada surat yang telah dihantar Jordan dan Palestin kepada organisasi itu berhubung pencabulan di Baitulmaqdis.

Resolusi itu juga menuntut supaya mempercepatkan proses pelantikan wakil tetap Ketua Pengarah UNESCO ke Kota Lama bagi memantau pelaksanaan semua prosedur di bawah mandat pertubuhan serta menggesa penghantaran misi pemantau UNESCO di Baitulmaqdis bagi memantau semua pencabulan Israel, tambahnya.



Vietnam miliki Geopark Dunia ketiga diiktiraf UNESCO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button