1,000 pesawat CR929 bakal diserahkan mulai 2023-2045

10/12/2020 07:59 PM

HANGZHOU, 10 Dis — Sebanyak 1,000 pesawat CR929 yang penyelidikan dan pembangunannya dijalankan secara bersama China dan Rusia bakal diserahkan mulai 2023 hingga 2045.

CR929, kapal terbang penumpang jarak jauh dan berbadan lebar itu boleh memenuhi permintaan pasaran global.



Ketua pereka bentuk yang mewakli China, Chen Yingchun, ketika ditemui wartawan berkata pesawat CR929 dengan panjang 63.3 meter, lebar 61.2 meter dan tinggi 17.9 meter itu berupaya membawa maksima 440 penumpang.

Chen berkata, jarak penerbangan pula boleh mencapai 12,000 kilometer.

Kelebihan itu membolehkan pesawat melakukan penerbangan terus dari Beijing dan Shanghai, China ke destinasi-destinasi di utara Amerika seperti Vancouver, Seattle, San Francisco dan Los Angeles.

Selain itu, Chen turut memberikan perkembangan terkini mengenai pembangunan pesawat C919 dan ARJ21.



Menurut unjuran, jumlah permintaan terhadap pesawat yang berbadan lebar itu di pasaran global mencecah 10,000 buah pada 2023 hingga 2045.

Antaranya, permintaan di pasaran China dan Rusia dijangka mencatat 1,840 buah, merangkumi 18 peratus pasaran global. Di samping itu, permintaan di rantau Asia-Pasifik diunjurkan mencapai 2,670 buah, mewakili 27 peratus pasaran global.

Sabah benarkan pengangkutan awam beroperasi mulai Isnin ini



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button