“TIADA FAEDAH SAYA MENIPU SESIAPA” – WANI COMEL MAHU BUAT LAPORAN POLIS, TAK TAHAN CACIAN



“Mereka yang membantu Wani telah mengumpulkan semua bukti-bukti serta komen anda yang menghina, mengecam dan menghasut masyarakat untuk provokasi, menimbulkan perbalahan di media sosial di Instagram dan DM Wani.

“Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan macam tu. Hati-hati menulis takut termakan diri,” demikian kata Wani Comel.

Wani memberitahu yang dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap netizen yang melemparkan kara-kata fitnah terhadap dirinya di media sosial.

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dia terpaksa bertindak sedemikian kerana terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan terhadapnya selepas membuat pendedahan dakwaan diperdaya usahawan kosmetik terkenal minggu lalu.



“Terlalu banyak pihak yang tak henti-henti mengacau hidup Wani dengan pelbagai kata-kata kesat dan tak kurang juga ada yang mendoakan Wani mati.

“Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag saya dengan cubaan gangguan, fitnah, cacian, makian dan hinaan dan apa-apa perkara negatif lain termasuk ‘body shaming’, saya sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM kerana saya berhak berbuat demikian,” ujarnya.

Wani juga meminta netizen berfikir dahulu sebelum menulis komen berkaitan dirinya jika tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap mereka. Jelasnya lagi, dia dalam usaha mengumpul kata-kata hinaan itu sebagai bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Baru-baru ini, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram itu menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.



Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangani kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Image_4.jpg

“DIA BUKAN ISTERI, MAK BAPAK SAYA UNTUK KAYAKAN” – ALIFF SYUKRI NAFI DAKWAAN WANI COMEL



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker