Ekspo Reka Bentuk Industri Antarabangsa China 2020 dirasmikan di Wuhan


Photo: Pixabay

12/12/2020 03:20 PM

WUHAN, 12 Dis — Ekspo Reka Bentuk Industri Antarabangsa China 2020 telah dirasmikan di Wuhan, wilayah Hubei baru-baru ini, disertai lebih 300 syarikat termasuk 88 pusat reka bentuk industri dari seluruh negara.

Ia turut disertai pertubuhan dan syarikat reka bentuk dari Jerman, Perancis dan negara Eropah Utara.



Pelbagai jenis produk pembuatan, kelengkapan, industri ringan dan digital dipamerkan pada ekspo berkenaan.

Sementara itu, kelengkapan yang digunakan semasa kerja-kerja menyelamat, pencegahan dan memerangi wabak COVID-19 di Wuhan seperti mesin pengimbas CT scan, ventilator, peralatan ultra bunyi, pelindung mata dan pelitup muka turut dipamerkan di ruangan khas.

Pereka bentuk terkemuka dari luar negara juga diundang untuk berkongsi konsep baharu dan pendapat mengenai reka bentuk industri antarabangsa secara maya.

Pada masa sama China akan terus mempergiat perkembangan sektor reka bentuk industri di negara ini untuk memperkasakan lagi penglibatannya dalam sistem pembahagian rantai industri global.



Ia juga untuk mendorong kerjasama ke tahap lebih tinggi seperti penciptaan, reka bentuk dan perkhidmatan dan tidak hanya bergantung kepada bidang pemprosesan semata-mata.

China mungkin tutup konsulat AS di Chengdu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button