Persidangan MOOC Global berlangsung di Beijing

12/12/2020 05:40 PM

BEIJING, 12 Dis — Persidangan Global Kursus Terbuka Dalam Talian (MOOC) bertemakan “revolusi pembelajaran dan transformasi pendidikan tinggi” berlangsung di Beijing pada Jumaat.

Peserta persidangan berpendapat tatkala dunia dilanda wabak COVID-19, universiti dan platform pendidikan dalam talian di dunia perlu berganding bahu untuk mendorong pembangunan, pengoperasian dan perkongsian MOOC dan pendidikan dalam talian.



MOOC menyediakan pelbagai jenis kursus pembelajaran terbuka secara dalam talian yang kini berkembang menjadi enjin utama memacu transformasi pendidikan tinggi sejak mula diperkenalkan pada 2012 di seluruh dunia .

Menteri Pendidikan China, Chen Baosheng dalam sidang media berkata jumlah MOOC dalam talian di China kini melebihi 34 ribu buah dan merangkumi penglibatan 540 juta orang. Ia secara tidak langsung berjaya menempatkan China menduduki tempat pertama di dunia sebagai peneraju MOOC.

Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Stefania Giannini dalam ucapannya secara maya menyanjung kemajuan yang dicapai dalam pendidikan MOOC di negara membangun termasuk China dan India.

Bagaimanapun, katanya wabak COVID-19 mengakibatkan institusi pengajian tinggi terpaksa ditutup di lebih 30 buah negara sehingga pembelajaran lebih 300 juta pelajar terjejas pada bulan ini.



Beliau berharap negara-negara di dunia dapat bekerjasama dengan lebih kukuh untuk memastikan semua pelajar dapat mengikuti MOOC yang ditawarkan tanpa sebarang halangan.

Persidangan itu juga menyaksikan penubuhan Persatuan MOOC Dunia yang dianggotai 20 buah universiti dan platform MOOC dari 14 buah negara.

DUN Perak: Persidangan perlu MB, sekurang-kurangnya empat Exco – Speaker



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button