Mahathir dan Ku Li gagal tumbangkan Bajet2021
Semalam adalah bukti ketakutan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim dalam perebutan jawatan ‘Perdana Menteri tebuk belakang’. Jelas nampak Mahathir gelabah apabila sehari sebelumnya Anwar umumkan betapa beliau mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi, cukup-cukup makan untuk ambil alih kerajaan Muhyiddin.
Tergesa-gesa, terkapai, beliau memanggil Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li untuk duduk bersama beliau di dalam sidang media yang dinampakkan gempak rupanya berakhir umpama tong kosong.
Berbelit Mahathir untuk berkias bahawa beliau paling layak untuk memimpin negara ini dengan bersandarkan pengalaman selama 22 tahun campur 22 bulan. Paling lucu, beliau berkata zaman beliau dan Ku Li negara kita terkenal sebagai Harimau Asia, kononnya hasil kerjasama menteri kabinet ketika itu, fakta jelas, yang menjadi harimau adalah anak-anak dan kroni Mahathir sahaja. Rujuk buku ‘Malaysian Maverick’ tulisan Barry Wain, apa Mahathir buat dengan wang rakyat negara ini? Apakah Ku Li cuba padamkan skandal maha mega ini?
Tidak cukupkah peluang kedua yang diberikan bersama dengan Anwar dan Dap memerintah Malaysia selama 22 bulan selepas PRU14? Kenapa masih menafikan betapa perletakan jawatan beliau adalah hasil dari konspirasi orang lain yakni dari pakatan mereka sendiri?
Lupakah Mahathir dan nyanyukkah Ku Li tentang peristiwa Mahathir ‘Lari’ dan enggan bertemu dengan Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu ketika hari pertama beliau letak jawatan? Adakah Ku Li juga hilang ingatan tentang peristiwa bersejarah ini. Peristiwa anugerah tuhan, menukar kerajaan tanpa perlu adakan pilihanraya.
111 berbanding 108 undi dan Bajet 2021 lulus. Mahathir dan Ku Li terduduk, Anwar kecewa lagi. Dalam proses undian, kalah 1 undi tetap kalah.
Rakyat sedang memerhati. Berjuang untuk mereka atau untuk diri sendiri. Semua wakil rakyat parlimen sedang dinilai oleh rakyat. PRU15 akan menentukan nasib mereka.
Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini, kata sumber