BILA SHAH HAZVEE DEDAH DIRINYA SUDAH BERGELAR ‘DATUK’ SEJAK 2016

“Saya dah terima anugerah ini (Datuk) pada 2016 lagi, tapi tak kecohkan pada sesiapa. Malah, keluarga saya pun tak ramai yang tahu. Namun saya fikir sekarang adalah waktu yang tepat kerana saya kini fokus dengan perniagaan dalam bidang pelaburan hartanah. Lagipun, memang gelaran ini saya gunakan untuk tujuan perniagaan.

“Kalau beritahu sebelum ini, macam tiada kepentingan sahaja sebab saya aktif berlakon. Jadi lebih baik saya rahsiakan,” demikianlah kata pelakon Shah Hazvee yang mendedahkan dia pernah dianugerahkan Darjah Kurnia Setia Diraja Perak (DKSD) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Menerima gelaran tersebut pada tahun 2016, Shah berkata dia tiada niat untuk merahsiakan perkara tersebut kepada umum kerana merasakan tiada kepentingan untuk dikongsikan.

“Saya dah terima anugerah ini (Datuk) pada 2016 lagi, tapi tak kecohkan pada sesiapa. Malah, keluarga saya pun tak ramai yang tahu. Namun saya fikir sekarang adalah waktu yang tepat kerana saya kini fokus dengan perniagaan dalam bidang pelaburan hartanah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Lagipun, memang gelaran ini saya gunakan untuk tujuan perniagaan. Kalau beritahu sebelum ini, macam tiada kepentingan sahaja sebab saya aktif berlakon. Jadi lebih baik saya rahsiakan,” jelasnya.

Menurut Shah, sejak aktif dalam bidang pelaburan dia semakin memperlahankan karier seninya sebagai pelakon. Ujarnya, dia juga mempunyai perancangan untuk menerbitkan sebuah filem.

“Lakonan mungkin akan menjadi hobi sahaja selepas ini. Saya juga dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem dan dalam proses untuk bekerjasama dengan seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang bakal dikongsikan nanti. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang setia bersama saya kerana selepas ini mungkin saya akan berehat sebagai pelakon,” tuturnya.

Image_3.jpg

Terdahulu, nama Shah pernah menjadi hangat selepas terpalit dengan kontroversi didakwa membawa lari isteri orang yang juga pengurusnya. Shah mengakui kes mahkamah yang dihadapi baru-baru ini memberi impak negatif terhadap karier lakonan.

Shah atau nama sebenar Shah Radhi Hazvee, 24, bagaimanapun berkata dia bersyukur kerana masih diberi kepercayaan oleh pihak produksi untuk terlibat dalam beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini.

Selain itu tambah Shah, dia berharap agar netizen tidak terus terburu-buru untuk menghukum seseorang tanpa ada bukti yang kukuh. Pada 29 Mei lalu, Shah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memikat isteri orang dengan niat untuk melakukan persetubuhan.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply