UCL: Misi trebel PSG makin jelas

UCL: Misi trebel PSG makin jelas

UCL: Misi trebel PSG makin jelas
PSG meraih tonik terbaik untuk memburu gelaran UCL selepas mengesahkan kejuaraan Ligue 1. – AFP

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique percaya anak-anak buahnya kini berada dalam prestasi terbaik untuk melepasi cabaran separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menjelang aksi pertama menentang Borussia Dortmund awal pagi esok.

Sebagai rekod, misi PSG untuk melengkapkan gelaran trebel musim ini semakin cerah apabila ditabalkan sebagai juara Ligue 1 buat kali ke-12 pada minggu lalu.

Menurut Enrique, barisan pemain kini sudah boleh menarik nafas lega dengan memberikan sepenuh tenaga pada saingan di peringkat Eropah dalam usaha meloloskan diri ke pusingan final musim ini.



“Perasaan apabila dapat membuatkan penyokong kami gembira dan teruja adalah sesuatu yang sukar untuk digambarkan kerana ia adalah penghormatan terbaik selaku jurulatih.

“Saya percaya barisan pemain kini berada pada tahap terbaik dan cukup bersemangat untuk mengharungi dua perlawanan separuh akhir yang getir dan berusaha mara ke pentas final.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Anak Saya Bersalah, Ambil Tindakan Jangan Tunggu, Kalau Saya Bersalah, Jangan Terbulu Bulu




“Tugas saya sekarang adalah untuk mengatur strategi terbaik agar motivasi yang ada dalam kalangan pemain dapat diterjemahkan di atas padang dan sudah tentu sasaran kita untuk mendominasi kedua-dua pusingan.

“Secara jujur, saya masih tidak mahu bercakap mengenai gelaran trebel kerana perjalanan masih panjang tetapi saya yakin pemain dapat memberikan tumpuan penuh sehingga ke penghujung musim nanti,” katanya.

Sementara itu, tonggak tengah PSG, Vitinha mengakui semua pemain mengimpikan peluang untuk beraksi di pentas final UCL dan sangat fokus untuk menyingkirkan Dortmund nanti.



“Kami mimpikan detik ini untuk bersama pasukan melangkah ke pentas final. Namun, saya mahu fokus diberikan pada satu perlawanan ke satu perlawanan dan misi kita adalah membuat penyokong gembira,” katanya.

PSG tidak pernah menjulang gelaran UCL dalam sejarah dengan pencapaian terbaik bergelar finalis pada edisi 2020 selepas tewas kepada Bayern Munich pada aksi final. – AGENSI

 

UCL: Misi trebel PSG makin jelas

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada yang dapat tahanan rumah, kenapa Najib tidak dapat?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button