Kenapa Zeti Aziz tidak didakwa lagi ? – Puad Zarkashi.

Oleh Adam Malik.

Banyak kenyataan dan maklumat telah diperolehi dari mahkamah sepanjang perbicaraan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak boleh dijadikan rujukan.

Antaranya adalah kenyataan pelbagai saksi dan pihak berkenaan Jho Low dan bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz.



Seorang Ahli MKT UMNO Dr Puad Zarkashi melontarkan soalan berkenaan Zeti Aziz dilaman Medsos nya (FB) berkenaan hal ini.

ApaKah Polis mahu tunggu laporan dibuat baru bertindak? tanya Dr Puad.

“Semua pengakuan itu dibuat dalam Mahkamah. Sampai sekarang Zeti tidak disiasat walau timbul banyak persoalan.
Apatah lagi The Edge melaporkan Jho Low membayar RM700 Juta ke akaun bank keluarga Zeti. SPRM dan Polis Singapura sahkan RM65 juta telah dikembalikan.
Malangnya mahkamah tidak benarkan Najib memasukkan bukti ini dalam kes SRC. Hingga kini Zeti tidak disiasat?
Apakah kena buat laporan polis baru disiasat? Sebab itu siasatan terhadap Najib adalah siasatan selektif” Dr Puad

Mungkin ramai sudah terlupa bahawa Bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz masih belum didakwa lagi walaupun terdapat RM700 juta didalam akaun suami nya di Singapura.



Badan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia juga telah mendapat kembali wang baki dari Singapura dan pembuktian perakuan keluarga Zeti Aziz melalui tandatangan di SD.mereka.

Ini bermakna wujud salah laku oleh keluarga Zeti apabila sanggup memulangkan wang baki kepada SPRM.

Paling ketara pengakuan seorang saksi dimahkamah Amerika bahawa Zeti disogok untuk meluluskan sesuatu dalam keadaan segera dan wang dterima loeh suaminya.

Itu antara pengakuan Tim Leisnner di Amerika.



Ikut laporan kes Zeti Aziz dan suaminya telah selesai disiasat dan kertas siasatan telah lengkap diserah kepada pejabat AG.

Namun sehingga kini ttiada apa apa tindakan diambil lagi.

Ini antara faktor kes terhadap DSNR dianggap banyak pihak sebagai kes palsu dan sengaja diada adakan bagi mengenakan Najib Razak.



Bayangkan Jasmin Loo dan Zeti Aziz masih tidak kena apa apa tindakan sedangkan wang didapati dari mereka lebih banyak dari yang didakwa terhadap Najib Razak.

Kini, pihak mana mahu tampil menjawab pertanyaan dari Dr Puad ini?

Satu soalan yang sangat releven dan valid bahkan tersangat penting bagaimana wang masuk kedalam akaun Najib menjadi kes tetapi yang masuk kedalam akaun keluarga Zeti tidak menjadi kes pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button