MB KEDAH JADI ‘CYTRO’, SERANG NETIZEN DALAM FACEBOOK
Menteri Besar Kedah Jadi ‘Cytro’
Memalukan! Hanya itu sahaja ayat yang sesuai digunakan terhadap tindakan Menteri Besar Kedah yang memaparkan foto seorang netizen dan keluarganya dalam facebook beliau.
Dalam siri percakaran itu, MB Kedah agak agresif memuatnaik satu keratan facebook berkaitan dakwaan beliau. YAB Muammad Sanusi Md Nor menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan beliau enggan layan netizen yang mengkritiknya.
Menerusi akaun Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3860373100653856&id=100000436113775, MB Kedah itu secara jelas telah menaikmuat foto seorang individu yang didakwanya menyerang beliau. Tindakan menaikmuat foto individu dan keluarga oleh seorang VIP selaku Menteri Besar sebenarnya amat memalukan.
Inikah tahap pemikiran seorang Menteri Besar? Secara terang-terangan beliau merendahkan taraf dirinya daripada seorang Menteri Besar yang mentadbir sebuah negeri menjadi ‘cytro’.
Sanusi juga menempah kontroversi apabila mengumumkan penemuan mineral galian di Kedah yang mencapai anggaran puluhan billion ringgit. Bagaimanapun angka tersebut diperbetulkan apabila kenyataan beliau dikecam teruk netizen yang menyifatkan kekayaan sumber mineral yang dikatakan Sanusi menyamai pendapatan sebuah negara kaya dunia.