“YA, DIA (SUAMI) SUDAH FAILKAN PERCERAIAN & KINI TUNGGU TARIKH…” – NADIA BRIAN

Setelah isu pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian bersama suaminya, Muizz Nasruddin menjadi teka-teki dan hangat diperkatakan beberapa bulan lalu, terkini Nadia tampil membuka mulut dimana dia mengesahkan suaminya sudah memfailkan kes perceraian mereka di mahkamah.

“Ya, dia (suami) sudah failkan perceraian dan kini tunggu tarikh untuk kami hadir ke mahkamah. Saya tahu ramai yang mencari sebelum ini untuk dapatkan kenyataan tentang isu sekarang.

“Minta maaf sebab tak dapat menjawab sebab saya pun sibuk dengan pengambaran drama. Status sekarang, pihak sana sudah failkan cuma mahkamah belum buka sebab pandemik Covid-19. Kemudian baru saja beroperasi semula pada 6 Disember lalu dan sekarang menunggu tarikh,” katanya.



Perkara tersebut dikongsikan oleh Nadia menerusi satu temu bual bersama program Melodi semalam. Nadia berkata lagi mereka kini menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak mahkamah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, menerusi satu entri di laman Instagram, Nadia berkata semua tuduhan yang dilemparkan sebelum ini adalah fitnah. Ujarnya, selama ini dia diamkan diri bukan kerana takut tetapi tidak mahu keruhkan keadaan.



“Kita tunggu mahkamah buka dan doakan semuanya dipermudahkan. Jika tiada bukti, semua tuduhan terhadap saya ialah fitnah. Selama ini saya diamkan diri bukan kerana takut tetapi tidak mahu keruhkan keadaan.

“Fitnah, kata-kata yang tidak baik kepada saya dan keluarga selama ini tak akan saya maafkan kecuali mereka datang sendiri memohon kemaafan,” tulisnya yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada 9 November 2019.

Image_3.jpg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button