Uqasha Senrose kongsi foto terbaharu bersama Kamal Adli

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sebulan insiden pelakon, Kamal Adli diserang ketika menghadiri pesta jualan di Singapura, Uqasha Senrose memuat naik foto bersama suaminya itu di Instagram (IG), semalam.

Foto itu memaparkan Uqasha yang bertelekung hitam, tampak berseri di sisi Kamal.

Kamal pula yang berkopiah hitam, kelihatan sihat selepas mengalami kecederaan pada insiden 12 Mac lalu.



Dalam keterangan gambar berkenaan, Uqasha meluahkan rasa syukur atas doa yang dititipkan buat mereka.

“Alhamdulillah untuk semua doa. @kamaladli strong.. Syukur ke atas mu Ya Allah,” luah pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu.

Uqasha turut meletakkan tanda pagar #suamisayadahsihat.

Semakan mendapati hantaran itu menerima lebih 78,000 tanda suka dengan lebih 500 komen. Rata-rata pengikut pasangan selebriti itu bersyukur dan gembira melihatkan perkembangan positif Kamal.



Pada 12 Mac lalu, kira-kira jam 9.19 malam, Kamal, 36, cedera pada beberapa bahagian tubuh termasuk kepala dan pipi selepas dipukul dengan baton oleh seorang individu ketika menghadiri 1 Expo Drive, Singapura.

Akibat kecederaan dialami, Kamal terpaksa menjalani pembedahan segera di sebuah hospital di republik itu.

Kejadian berlaku ketika Kamal dan Uqasha menjayakan acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A, Ekspo Singapura selama tiga hari sejak 10 Mac lalu.



Insiden berlaku pada hari terakhir ekspo apabila penyerang Kamal berlagak seolah-olah peminat yang ingin bergambar dengannya, sebelum bertindak menyerang Kamal bertubi-tubi.

Dalam perkembangan sama, Hakim Daerah, Brenda Tan dilaporkan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas laporan Institut Kesihatan Mental (IMH) dikeluarkan.

Tan dilaporkan bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.

Kes itu ditangguhkan sehingga 2 Mei depan.



Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri Singapura pada 14 Mac atas pertuduhan disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu, lapor agensi.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading