Jepun mula langkah kanan benam Vietnam dalam Piala Asia

Oleh – Syeikh Baran


Jepun mula langkah kanan benam Vietnam dalam Piala Asia

Jepun membuktikan status sebagai gergasi Asia apabila membenam Vietnam 4-2 pada aksi pembukaan Kumpulan D Piala Asia 2023 di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.



Turun dengan misi memburu Piala Asia kelima, Takumi Minamino membuka tirai jaringan buat Jepun seawal minit ke-11 namun gol itu dipadam oleh Nguyen Dinh Bac empat minit kemudian.

Pada minit ke-33 tiba giliran Vietnam didepan hasil jaringan Pham Tuan Hai yang mudah menyempurnakan bola muntah selepas tandukan Bui Hoang Viet Anh gagal ditepis dengan kemas oleh penjaga gol Jepun, Zion Suzuki.

Tersentak dengan gol itu, Jepun kembali mengatur serangan dan hasilnya Minamino sekali lagi menemui sentuhan gol pada minit ke-45 apabila rembatan leret dalam kotak penalti menembusi gawang Vietnam.

Jepun terus menekan benteng Vietnam ketika tambahan masa selama enam minit diberikan pengadil perlawanan pada babak pertama dan menerusi satu rembatan cantik dari luar kotak penalti dilakukan Keito Nakamura memastikan skuad Samurai Biru dihadapan dengan kedudukan 3-2 sebelum masuk ke bilik persalinan.



Bersambung babak kedua Jepun terus mengatur gerakan untuk menambah jaringan namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-85 untuk menggandakan jaringan.

Gerakan menarik menerusi hantaran satu dua pemain Jepun sebelum disudahkan dengan rembatan Ayase Ueda memastikan skuad kendalian Hajime Moriyasu mengutip tiga mata berharga.

Sementara itu dalam aksi Kumpulan B menyaksikan Syria berkongsi mata dengan Uzbekistan selepas terikat 0-0.

Sumber – Utusan Malaysia




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading