PRU15- Muafakat Nasional ( BN dan PAS) Atau Perikatan Nasional (PPBM dan PAS)?
Malaysia Baru, istilah yang hebat diperkatakan setelah kejatuhan BN pada PRU 14 yang lalu, Malaysia Baru yang digambarkan dengan penuh indah oleh sebilangan besar anak muda yang telah bersama sama menumbangkan BN.
Parti Barisan Nasional yang mendominasi pemerintahan negara sejak merdeka tekah bertukar kerajaan yang baru yang diterajui oleh Pakatan Harapan. Manisfesto yang amat indah telah menambat hati anak muda serta mahasiswa di Universiti.
“Ku Sangka Panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari” segala angan angan dan impian yang diharapkan oleh anak muda hanya tinggal anggan-anggan belaka. Sebuah kerajaan telah bertukar tangan.
Politik semakin tidak stabil dalam Negara ini, rakyat kini telah menjadi mangsa akibat dengan tindakan pemimpin yang lebih memandang kepentingan mereka dan bukan kepada kepentingan rakyat.
Secara tidak langsung segala bentuk usaha membantu rakyat kini terbantut akibat percaturan politik berkepentingan. Pemimpin yang telah dipilih anak muda adalah pemimpin kleptokrasi yang hanya melihat kekayaan Negara adalah milik mereka dan bukan milik rakyat atau bersama.
Kerajaan Pakatan Harapan telah gagal sama sekali dengan janji Manifesto 100 hari PRU ke-14 dalam tempoh yang ditetapkan dan mereka hanya sibuk menjual dan menjarah asset negra tanpa mempedulikan nasib rakyat masa akan datang.
Prestasi ekonomi terus menjunam dan kerugian demi kerugian terpaksa ditanggung oleh negara dalam masa yang amat singkat dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. Nasib rakyat semakin tertekan dengan cukai cukai baharu yang dikenakan.
Ini lah hasil pengkhinatan yang dilakukan terhadap sebuah negara sehinggalah pengkhianatan ini berlarutan berlaku dikalangan pemimpin UMNO sendiri dan apabila mereka telah melompat parti dan menyokong parti yang lain.
Bahawa apa yang berlaku hari ini adalah kesan dari pengkhianatan yang dilakukan di peringkat tertinggi. Politik dalam Negara berkecamuk dengan pemimpin yang tamak jawatan dan kuasa, mereka menjadi api dalm sekam kepada parti.
Sebelum ini rakyat telah menunjukkan sikap dengan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) waktu itu untuk mendapat pemerintahan yang lebih baik namun apa yang dihajati rakyat itu tidak terlaksana apabila pengkhianatan berlaku dengan bergabung bersama PH dengan DAP. Salah guna kuasa berlaku daalam pelbagai agensi keselamatan dan kehakiman yang sungguh merisaukan rakyat.
Sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat adalah pemimpin yang memikirkan cabaran yang mendatang terhadap rakyat, tetapi rakyat hanya dapat pemimpin yang mencatur kuasa serta memberikan jawatan kepada pihak tertentu agar dapat menstabilkan keadaan politik masing-masing.
Sebelum ini ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, kecekamukan politik dan salahguna kuasa telah berlaku , penipuan maklumat, penagkapan tanpa merujuk kepada undang-undang dilaksankan.ketidakstabilan itu berlaku dan fokus untuk rakyat tidak mampu mampu dilakukan seperti yang berlaku sebelum ini semasa kerajaan yang ditumbangkan oleh anak muda iaitu BN.
Hasrta rakyat menukar sebuah kerajaan adalah mahu melihat apa yang dipilih mereka pada PRU 14 sebelum ini adalah pilihan untuk memberi servis kepada mereka. Servis yang dijanjikan oleh PH dan pemansuhan dalam perbagai perkara sebagaimana dijanjikan. Apa yang berlaku ialah kerajaan baru PH telah mengucar-gacirkan pentadbiran dengan pelbagai pembohongan dan penipuan.
Malaysia yang dikatakan melalui fasa baru, politik baru dan dijangka mengalami perubahan dari segenap aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosiobudaya ke arah yang lebih baik. Namum segalanya berubah dalam sekelip mata dan tidak seperti yang dirancang apabila barisan kepimpinan yang dilantik adalah dikalangan pemimpin kleptokrasi.
Melalui satu kajian telah dijalankan dalam kalangan belia khususnya mahasiswa universiti awam di Semenanjung Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi mereka terhadap perkembangan semasa yang berlaku dalam negara ini.
Kajian telah menggunakan gabungan dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Untuk pendekatan kualitatif, teknik NGT (Teknik Berkumpulan Nominal) dan FGD (Perbincangan Kumpulan Berfokus) telah dilaksanakan, manakala bagi pendekatan kuantitatif pula teknik survey menggunakan borang soal selidik.
Borang soal selidik telah diedarkan kepada 800 orang responden belia pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkan wujud variasi persepsi responden berdasarkan etnik terhadap Malaysia Baharu dalam perkara-perkara yang melibatkan pembangunan komuniti.
Golongan belia etnik Melayu dilihat lebih objektif dalam mengemukakan pandangan mereka manakala golongan belia etnik Cina dan India pula dilihat lebih positif dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap era pemerintahan Malaysia Baharu ini.
Hasil kajian ini juga memberikan suatu gambaran terkini terhadap pemerintahan baru ini, peratus yang menunjukkan bahawa penukaran sebuah kerajaan adalah satu kesilapan yang telah dilakukan oleh pengundi pada PRU14 yang lalu.
Kekecamukan politik dalam negara dapat dilihat dengan pertukaran perdana menteri dalam masa yang amat singkat dengan sokongan yang tipis walaupun dengan cara yang tidak demokratik. Kemerosotan ekonomi, pemimpin yang tidak berkaliber dalam kerajaan menjadikan situasi lebih teruk lagi. Kini Malaysia diterajui oleh kepimpinan yang rapuh dan boleh tumbang pada bila bila masa sahaja.
Justeru itu, amat diharapkan pada PRU15 akan datang, rakyat tidak akan membuat kesilapan lagi. Kesilapan yang tidak boleh diundur atau diubah kecualai dalam masa 5 tahun. Kerajaan yang kukuh dan dipercayai oleh rakyat amat diperlukan untuk menerajui Negara ini.