Penduduk AS dijangka cecah 332 juta April 2021

WASHINGTON, 16 Dis — Jumlah penduduk Amerika Syarikat (AS) dijangka mencecah 332.5 juta menjelang April tahun depan, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Biro Bancian AS dalam satu kenyataan.

“Biro Bancian AS hari ini mengeluarkan anggaran penduduk pada 1 April 2020 adalah seramai 332.6 juta,” kata kenyataan itu pada Selasa. “Jumlah ini adalah sebahagian daripada pelbagai jangkaan… Ia bukan daripada Banci 2020 tetapi adalah hasil Analisis Demografi.”

Biro Bancian menjelaskan anggaran itu bukanlah rumusan rasmi memandangkan pengiraan rasmi bancian nasional yang dimulakan awal tahun ini masih berlangsung.



Analisis itu berdasarkan rekod kelahiran dan kematian, data mengenai migrasi antarabangsa dan rekod Medicare tetapi tidak termasuk data daripada Banci 2020, yang bergantung kepada pengumpulan tindak balas daripada isi rumah, kata kenyataan itu.

–BERNAMA

KKM Usaha Pastikan RT Tidak Cecah 2.2 – KP Kesihatan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button