DUA LAGU NAIM DANIEL GAGAL KE AJL35 – NETIZEN LUAH KECEWA

Muzik-muzik separuh akhir ke-35 (SFMM35) malam semalam telah mengumumkan 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), namun begitu netizen meluahkan rasa kecewa apabila dua lagu penyanyi Naim Daniel tidak tersenarai.

Dua lagu tersebut ialah ‘Sembah’ bersama Man Keedal hasil ciptaannya sendiri bersama Iqie Hugh dan ‘Adakah Kau Menungguku’ bersama Tuju karya Naim, Adib Hamdi dan Tuju’.

Naim menerusi laman Instagram miliknya, dia telah memuat naik video dimana dia sedang mengelap trofi Juara AJL34 yang dimenanginya tahun lalu.



Melihat pada kapsyen pula, Naim menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan ketika berentap di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) tempoh hari, selain mengucapkan tahniah kepada layak ke AJL35.

Klik untuk gambar besar

“Terima kasih semuanya, tahniah kepada finalis, moga Allah bersama kalian selalu! Assalamualaikum,” tulis Naim yang juga bergelar seorang pelakon.



Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila dua karya Juara AJL34 itu tidak terpilih. Bagaimanapun, ramai yang memberikan semangat kepada Naim agar tidak bersedih dan terus berkarya.

Netizen turut menitipkan kata-kata positif jika tiada rezeki di AJL mungkin akan ada rezeki lebih baik menanti.

Lagu yang layak ialah ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini, ‘Peluang Kedua’ (Nabila Razali), ‘Belenggu Rindu’ (Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita), ‘Eh’ (Zizi Kirana), ‘Gundah’ (Ernie Zakri) dan ‘Gila’ (Kaka Azraff, Loca B, Noki).



Selain itu, ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan & The Typewriter), ‘Semalam’ (Aina Abdul), ‘7 Nasihat’ (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), ‘Kau Sakiti’ (Amir Masdi), ‘Aku Bidadari Syurgamu’ (Siti Nurhaliza).

Difahamkan, AJL35 dijadualkan akan berlangsung secara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 Februari 2021.

Image_5.jpg



SHUIB PERNAH HADIAHKAN JAM TANGAN – NAIM DANIEL MAHU PULANGKAN SEMULA?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button