PEMINAT LUAH RASA BIMBANG EMMA KELUAR BERJALAN KETIKA PANTANG

Sedia maklum mengenai pelakon Emma Maembong yang selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki pada 8 November lalu. Menerusi laman Instgaram, Emma telah berkongsikan gambar terbaru dirinya berada di kedai makan bersama seorang rakan baiknya dan juga gambar sedang bersenam.

Foto tersebut bagaimanapun mengundang menjadi perhatian netizen yang meluahkan rasa kurang senang apabila melihat isteri kepada Muhammad Shazli Azhar itu sudah keluar berjalan sedangkan masih lagi dalam tempoh berpantang.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang dan menegur tindakan Emma yang boleh memudaratkan kesihatan. Kata netizen, Emma sepatutnya berpantang 44 hari dan berharap gambar itu hanya sekadar ‘throwback’.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Apa pun, diharap Emma selamat menjalani proses berpantang dan menjaga kesihatan dengan baik. Netizen pun hanya memberi teguran kerana mereka mengambil berat.

Untuk makluman, Emma, 27, sah bergelar isteri kepada Shazli yang merupakan seorang juruterbang, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung pada 8 November lalu



Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg



Image_10.jpg

EMMA MAEMBONG KINI BERGELAR IBU, TIMANG BAYI LELAKI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button